Makan-makan carriiii paassalll – Soul Thai – Jusco BI

Makan-makan carriiii paassalll – Soul Thai – Jusco BI

Sebenarnya aku rasa malas nak tulis pasal makan kat sini, eleh bukan sebab ada kontolversi pun…. saje, malas… tapi sebab dah gigih amek gambar time makan tu kan.. masukkan lah jugak.. Aku tau pasal kewujudan tempat ni pun sebab adik aku ajak mentekedarah kat sini mula nya tapi tak jadi pegi sebab aku tertido…. hahaha. So masa ni, aku dating dengan somebody, tak tau nak makan kat mana, try ler kat sini. Isshhh! benci nyer, panjang mukadimah macam haram!

Sila la jamu mata, tengok gambor yang outfocus nih…

Kerabu mangga, masam but sedap! Ada ke kerabu mangga tak sedap? hehe…. 😀 alhamdullilah belum pernah jumpa.. Harga RM6.90+ Actually masa waiter tu amek order aku macam nak menyirap sebab dia kuarkan hp masa cakap2 dengan kitaorg. I thought it was rude to look at your cell while you’re working tapi my date explain yang dia tengok jam sebab kat restoran tu goreng-gorengan sampai pukul 6pm je ye para pembaca. Lepas tu jangan harap kau nak order. So, aku ni kan sound system trouble, sudah salah paham laaah… sorry ek wak, gue salah anggap, nak telan lu… (nama je soul thai, pekerja nya indonesia mali)

Kerabu kaki ayam… ermm, sedap tapi boleh improve sebenarnya… Kaki ayam tu, dia tak buang benda yang putih2 tu, apa ek, urat eh? haa.. dia tak buang benda2 tu, so agak leceh nak makan sebab nak kena buang kan? Lepas tu, aku tak berapa suka dressing dia, pada aku tak berapa best, tapi my date ok jek. Dia kata sedap! So, there.. dua selera berbeza.. hehe. Harga RM10.90+

Spring Roll combo, sepatutnya ada 4 perisa tapi aku cuma dapat detect 3 aja. Salad, Yam dengan satu lagi apa ntah ada suhun bagai… Rasa overall ok, my favourite was the yam. Sedap! Aku nak order lagi tapi my date malu-malu siput babi, tak nak pulak… tak kan nak order gak, nampak noo aku ni buruk lantak… 😛 Harga RM4.90

Tom Yum Chicken Glass Noodle Soup, ini date aku order tapi disebabkan banyak, kitaorang share ler.. Ok, not bad, sedap… different daripada apa yang aku biasa makan. Aku tak pernah makan soohoon masak tom yam ek, memang jakun. Kalau korang dah pernah, memang korang terhebat lah… Harga RM12.90+

Minuman aku order mineral water jek sebab sebelum tu dah mentekedarah rootbeer float, ada jugak nanti, gula aku macam roket nak berlepas ke angkasa plak. My date order teh tarik and rubbies chest nut, her complaints were – the santan was tengik and the chestnut tak rasa macam chestnut but macam sengkuang biasa…. Aku no komen sebab tak makan pun cuma rasa satu jek rubbies tu. So harga makan adalah tidak termasuk dengan servis charge 10%. Servis Ok, tak lambat, tak cepat, so tak sakit hati kena bayar servis charge. Deco restoran was nice, i loike but then aku jakun…don’t believe everything aku cakap. Soul thai kat tkt 2, dekat dengan Jusc0.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>