Makan-makan Carriii Passaallll – Hot Kitchen, Nusa Idaman JB (Agaknya la..)

Makan-makan Carriii Passaallll – Hot Kitchen, Nusa Idaman JB (Agaknya la..)

Malam ni dinner kat Hot Kitchen… ini semua aku salah kan si sarah lah… cakap hot kitchen ni best.. dah aku pun sibuk nak gi sana try jugak… hihi.. 😛 Actually aku recce tempat ni lama dah.. first time baca kat blog sarah tapi tak berkesempatan nak pergi sebab orang yang nak teman aku tu, ada jek programme.  This time i sudah kidnap my amma kasi teman sama aku, makan dinner ini tempat…

Mula-mula datang, mushroom soup with garlic bread RM4.90 – garlic bread dia sedap! My amma kata sup tu sedap, pada akubiasa jek… Aku order sirap bandung soda RM2.00…. OMG! Sedap! I loike… tak manis sangat, rasa sangat haus, so tibai 2 gelas…. buruk tul…

Ini my amma order, grilled chicken chop… ishh bawak la pergi mana-mana western, mesti dia order chicken chop… aku yang tension tengok… try ler masakan lain pulak kan..? Chicken chop harga RM9.00, my amma puji cakap presentation dia lebih cantik dan lebih sedap dari restoran angah d & C tapi sadly tak boleh lawan rasa chicken chop kat booya yang dah kena ban tu… huhu …

Mula aku nak order sirloin steak tapi brader yang amek order tu cakap sirloin steak tak de, diaorang pulang ke buang, aku kurang dengar sebab kata dia daging liat… waa… bagus lah diaorg ni, cakap awal2, tak de lah tunggu 1 jam kan..? So aku terus tukar makan lamb chop pulak… Lamb chop ok, sedap… aku juga order potato wedges, pun ok lah biasa je… memang tak boleh lawan booya la kesedapan masakan dia TAPI in terms of service aku suka kat sini… tenang jek.. aku rasa dia ada 2 cook and 1 waiter/tukang buat air… but brader yg waiter/tukang buat air tu, cool jek buat keje.. tak le kelam kabut, sudu dan garpu pun sampai sekali dgn makanan.. tak de perasaan yang terseksa kat situ… Of course kalau ramai yang kerumun mesti lah lambat dapat food.. staff dia 3 orang je…

So malam tadi, kerugian yang ditanggung ialah RM38.80. Tak de service charge, tak de govt. tax… walaupun servis bagus… tempat servis macam harem pun ada hati charge tax-tax ni.. hehe. I would definitely datang lagi kedai ni… nak try masakan asian dia pulak.. sedap ke tak…  (^^)v

4 Responses »

  1. ape pulak salah i? hampeh. hahah yer booya tu western food dia ok sbnrnya.. cuma sbb waiters dia bermasalah je yg x terasa nk pegi lg. angah d&c i dan ban jd mmg x sudi nk g sana lg. dulu skali i try mkn kt odeen’s corner kt jln cenderawaseh.. ada entry dlm ni.. grilled lamb dia not bad jugak. western byk yg ok kt jb ni sbnrnya. haa kt hot kitchen tu, i xpnh try dia nye tomyam segala. so x tau cmne rasa.

  2. hehehe… actually ada beberapa tempat yang u pergi tu, i pun nak check it out… cuma tak berkesempatan jek.. tempat roti nan tu, dah berapa kali pergi asyik tutup je.. tak de rezeki nak makan roti nan dgn mee tu…

  3. bolih kasik address penuh hot kitchen ni saya nak cuba. pernah dengar jugak pasal restoren ni tapi x tahu kat mana. anyway kalu julie ada time tolong la jenguk blog saya yg baru buat tentang tempat2 makan best di area JB dan lain2 di http://www.blogmakanbest.blogspot.com dan julie register sebagai follower tauuu TQ TQ TQ maklum la blog baru nih sunyi skit hehe

  4. errr.. alamat hot kitchen tak pasti tapi bagi direction nak pergi sana boleh la…

    * Hot Kitchen kat Nusa Idaman. Klu dtg dr Tol Perling, 1st exit nak ke Jusco Bukit Indah – abaikan. Jalan terus, masuk 2nd exit, terus himpit ke kanan sbb nak belok masuk ke dpn deretan kedai. Hot Kitchen terletak kt blok kedai yg pertama. so lepas belok kanan tu terus belok kiri pulak yer and masuk la parking.*

    Hehe, direction ni copy and paste dari blog http://saghah.blogspot.com/2011/04/hot-kitchen-nusa-idaman-9-apr-11.html.

    Kalau pergi lepas 8.30pm kdg org ramai so expect service to be slow… dalam 1/2 hour gitu.. tukang masak ada 2, satu masak kaw2 giler sedap, satu masak ok-ok aja.. nasib2 la dapat cook yg mana satu.. Bonappetit papa-ntiq 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>