Makan-makan Carriii Paassalllll – Booya Cafe & Bistro, BBU JB

Makan-makan Carriii Paassalllll – Booya Cafe & Bistro, BBU JB

Heh! Pergi makan kat restoran ni dah lama dah… sebelum puasa, baru nak kutuk sebab lepas makan kat sini terus puasa… so bulan puasa tak de mood nak kutuk…tak de tenaga.. Sebenarnya aku yang cadangkan tempat ni kat family aku… masa tu amma and appa mau belanja makan malam sebab anniversary diaorang…{wweewwiittt!!} amma and appa mau makan kat Rest. Angah D & C, aku yang veto… cakap tak best (biasa lah sebagai seorang yang gila kuasa dan maha berlagak.. aku mmg suka buli diaorg ikut kehendak aku..) so aku pun suggestkan lah tempat ni… BOOYA. MENYESAL AKU suggestkan tempat ni, ingat nak saport bumiputera bisness tapi mendatangkan kemaluan kat aku jek…. ok lah.. food dia memang aku puji, sedap gilers… tapi…servis? macam jamban lah! Aku tak paham orang yang buka restoran tapi tak de basic F&B skill….

PERTAMA – Tempat ni owned by someone yg adik aku kenal, so i think diaorg ni semua friends la.. maybe ada shareholders member-member ke apa.. itu aku tak peduli lah… masa kitaorang baru sampai tu, tak de customer lain… aku cakap kat waiter tu kitaorang dalam 8 orang, and perlu table besar.. so budak waiter tu pun sibuk lah nak mengatur meja… then datang seorang lelaki montel ni sibuk2 nak panggil waiter yang tengah nak susun meja kitaorang tu, dia pun NAK JUGAK MEJA, SURUH BUDAK TU JUGAK SUSUN…. EH BOROI! ko boleh sabar tak? macam tak de waiter lain ko nak suruh… macam tak boleh tunggu turn pulak… later i found out, boroi tu aquantaince of adik aku and the owner…. maybe one of the shareholders kot? dari lagak dia tu lah..JALAN lah! ko ingat ko member boss, ko ada share, boleh buat perangai macam ci lah? Boleh lingkup company bai, kalau ko selalu buat perangai mcm tu….  aku pun lupa apa msg aku nak sampai kan… i digress … marah bila ingat kan muka berlagak si boroi tu… tuuii!

KEDUA – Allo waiter.. just because kau kenal adik aku diulangi adik aku, AKU TAK KENAL KAU… AKU NI PAYING CUSTOMER!!! boleh tak kau buat kerja tu betul-betul… ambik order sampai habis lah… ni kau dah excited bebual sampai terus nak belah je tak abes nak ambek order apa kesss? Aku bukan nye datang open house, makan free…. Datang restoran, makan bayar pakai duit bukan daun serai….

KETIGA – Berapa ramai pekerja korang ek? Aku tengok waiter macam ada 4-5 orang tapi orang yang sama berterabur buat kerja merata…. SUPERVISOR tak assign workspace ke? Yang lain tu dok berkumpul kat kaunter don’t know doing what..? Nak panggil pun susah… SUPERVISOR pun dok kat kaunter aja… tak tengok customer pun, makanan apa yang dah sampai, apa tak sampai, maisen-plas tak letak…. INI LAGI SATU AKU ANGIN…. banyak tempat aku pergi la…. tak pernah, makanan dah ada depan mata aku, tapi aku tak boleh makan. Tau sebab apa tak boleh makan? dia tak bagi sudu dan garfu dan pisau… DAN kau nak panggil dia balik, ada la dekat 5-10 minit… punye lah susah nak dapatkan perhatian dia….. Jadi kau pun duduk lah merenung makanan tu dengan perasan terseksa sebab LAPAR dah dekat 1 jam tunggu makanan tak sampai2 and bila sampai pulak dia dera kau lagi sebab tak bagi sudu garpu…. BINGAI, akai ada ka..?

KEEMPAT – Bila sesuatu makanan tu tak ada…. setahu aku, kitchen akan bagitau korang immediately…. and korang pun akan immediately bagitau customer so boleh tukar order…. APASAL KORANG BAGITAU 11/2 JAM SELEPAS?! ITUPUN SETELAH KENA PANGGIL AND BAPAK AKU DAH NAIK SUARA? and kau boleh bagi alasan, ‘tiba-tiba habis pakcik’ dengan muka tak bersalah kau bodoh kan bapak aku..? PADAN MUKA KAU KENA TENGKING! HALLOO!!!! Jangan lah bodoh-bodohkan orang kalau dah diri sendiri tu ngai (as in bingai..)…. kau mintak maaf lah dan mengaku je lah kesalahan kau… kenapa kau buat cerita dan bodoh kan customer kau? Kau ingat bagi voucher RM5 boleh cover kebiadapan kau..? Rasa kan kena marah dengan bapak aku… aku rasa kalau mamat tu minta maaf dengan rendah diri, dah memang salah dia tak bagi tau makanan tu tak de, jangan lah cakap tiba-tiba habis, tak de lah orang tua tu naik angin macam tu…. Aku rasa bapak aku marah sangat sebab 1. kesian ada orang kelaparan tak makan, 2. budak tu bodoh2kan dia, bila cakap makanan tu tiba-tiba habis…. Come on BAI, customer kau malam tu bukan ramai sangat, tak kan semua orang order benda yang sama sampai tiba-tiba run out? Itu lah… jangan nak jadi macam ayam serama, sibuk nak mengembang ekoq tapi tak sedor bantut….  Jangan nak asyik kembang lubang hidung dok kat kaunter, tak buat kerja… besar tanggunjawab supervisor, hang tau.. walaupun just untuk menguruskan restoran makan… takde ilmu, takde akal, takde common sense tak guna BAI!!!!

Mula aku nak letak gambar makanan dari malam tu… tapi bila aku pikir balik… tak payah la… free publisiti buat apa.. Bukan diaorg ni tau nak appreciate customer pun…. Bak kata amma ku yang comel… ‘apa nama tempat tu.. boya..?’  huahuahua… 😛

5 Responses »

  1. siape name org kelaparan tak dapat makanan tu???
    Ce teke ce teke..Hampeh punye boya! Chit!!! pooodahh….

  2. kawan tu kawan jugak tapi kalau makanan bini aku tak sampai 1 jam setengah ini boleh buatkan kemarahan.

    lepas 1 jam setengah boleh pulak cakap makanan habis. adeh buat malu aku la ade kawan kedai camni. pastu tak followup aku lepas kes ni tanye nape aku blah tros.. memang no recommendation la pasni. sorry kawan.

  3. fuhhhh… nih la citer ngeri mkn kt booya ye sis??! hahahah x sempat baca ur post ni i dh pegi mkn mlm semlm. food wise, ok ok je la sbb rsnya mkn kt hot kitchen, nusa idaman tu sedap lebih sket. tp tang waiter susah nk panggil n dok kt counter beramai2 tu mmg betul. pastu bg pword wifi.. jap lg x leh online pon. seb baik food dh smpi jd terus x kisah nk surfing dh. tmpt sunyi, x rmi org.. takut2 jugak tingat kes rompak kt kedai mamak kt pj tu. xpe la.. pasni i mkn tmpt lain je la kot. heheheh. tgu my post pulak yer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>