Makan-makan carrii passalll – Persian Restoran, Tmn Universiti, Johor

Makan-makan carrii passalll – Persian Restoran, Tmn Universiti, Johor

Masa ni en. hubby kasi serprais kat i… ajak pergi lunch… sebenarnya sebelum tu memang dah ada planning dengan my mom nak pergi makan kat restoran persian ni, so bila en.hubby ajak lunch, i pun tanpa segan silu terus ajak pi sini…. heheheeee 😛 (lagi pun bawak bonda, mesti en.hubby approve punyer..)

Restoran Persian ni letak nya bertentangan dengan restoran PG Art Cafe ari tu… tapi perbezaan dia macam ice cream dengan buah pear…. PG Art cafe lebih cantek and classy, sementera restoran persian lebih sembrono…. pekerja nya semuanyer jantan, pelanggan nye pun masa aku pergi tu 97% jantan except for my mammy and me and later on another girl in a group of men. Ini cerita kelakar, masa this girl masuk, mamat2 arab dalam kedai tu semua toleh and tengok the girl… macam tak pernah tengok pompuan…. bukan nye lawa pun girl tu, cuma dia tak pakai tudung and pakai baju agak ketat, maybe that’s why kot… haha keji! cakap orang tak lawa…. kalau adik aku ada, mesti dia cakap aku jeles…. (tak de makner nye..)

En. hubby konon2 nak guilt trip kan aku, telah mengorder chicken kebab…. haha… padan muka dia… chicken kebab kurang sedap, a bit dry, dah tu makanan tu semua bukan nye ada kuah kan cuma ada salsa je, merasa mamat tu telan ayam kering haha.. pastu paksa2 aku makan ayam dia and mintak yang aku punya…. tak senonoh… dah tau, diri tu suka makan kambing, buat apa menyeksa diri..? 😛

Aku order ni, lamb kebab… sedap. Aku suka!! Kalau ada kuah kari lagi sedap…. hehe… nasi tu actually just nasi biasa, dia campur dengan ghee aja.. not bad lah, rasa nasi…. duh..

Mak aku order ini, lamb mandy… favourite dia… sedap!! tapi tak leh lawan hadramawt…. hehe sorry, ini my honest opinion….

Kat restoran persian ni, air minuman dia tak memberangsangkan. Yang ada cuma jus buah-buahan dalam kotak ala2 dari arab gitu… pekat semacam… tak sedap…. well to me anyway… nasib baik mak dgn aku order manggo, boleh lah jugak telan… en.hubby order jus oren… SANGAT tak sedap…. kesian laki aku… hari tu dia memang tak de luck lah.. pilihan dia semua tak kena dengan selera dia…  Harga chicken kebab tu dalam RM7 ke 8, lamb kebab tak lebih RM10, lamb mandy dalam RM18 and kitaorang ada order tapau, lamb shank untuk my ayahanda, yang tu pun not more than RM20…. sedap plak tu… who am i kidding, for me, kambing memang daging pilihan… sedap!!

2 Responses »

  1. stujuuu, stujuu, daging kambing adalah daging paling sedap dalam donia.. tak tahu lak kalau daging kobe lagi sodap, aku takut nak makan sebab lembu pmalas lagi duduk makan rumput jirus ngan wine lagi tido beraircond.. (ke itu daging lembu lain?.. hahahaaa)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>