Makan-makan carrii pasaalll – Chicken Rice Shop, Tebrau City

Makan-makan carrii pasaalll – Chicken Rice Shop, Tebrau City

Kejadian berlaku 2 minggu sudah ..? ke minggu lepas ek? Aku pun dah lupa…. pergi Tebrau city untuk menghiburkan hati…. tujuan utama sebab nak makan kat chicken rice shop ni lah… sebab aku teringin nak makan mee wonton and ada kawan rekomen kat sini…. ini mee wantan yg aku order..

Rega dia aku tak berapa ingat lah…. dalam RM11.50 macam tu lah… mee wanton tu tak berapa sedap …. tak springy pun… kicap pun tak sedap…. tapi ayam bbq tu… olala.. sedap!

Ini plak, chicken pot stickers…hehe itu nama aku sendiri yang bagi sebab aku dah lupa apa nama menatang ni… isi dia ayam cincang… sedap jugak…. tapi dia goreng garing sangat… sampai ireng jadinya… aku cuma makan yg tengah je, hujung2 rentung tak sedap..

Ni plak, chicken pie tie… sedap… kalau buat sendiri inti dia tu lagi sedap.. hihi…

Anyway… makan sensorang pun dah jejak RM35+, buruk lantak atau harga barang sekarang memang mahal ek…? hihi entry tak ade arah tujuan…macam ni lah… rimas tengok tak berupdate, sumbat je lah mana2 yang ada…

p/s. aku baru tau, kat city square pun ada chicken rice shop, baru bukak… hari tu aku pergi lah sebab dah terlanjur ke CS pi makan terus…. kedai dia tak berapa besar and ruang makan sampai ceruk2 ke dalam.. so masa aku tengah mamam sorang2 tu, budak2 pekerja dia ni tengah melepak, berehat ke ngular aku tak tau lah.. ada satu budak pompuan ni, berbual lucahhhh je manjang… naik geli geleman tekak aku dengar… sekali bila tengok muka… toye jek, bebual kote hebat betulll… isshhh!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>