Makan-makan Cari Passaall – Lavender, Bukit Indah

Makan-makan Cari Passaall – Lavender, Bukit Indah

Macam tak de tempat lain nek pergi makan kan..? Asyik-asyik return ke sini…. sebab dah tak tau nek pergi mana…. (by the way, aku baru notice yang aku eja nak as nek… wth?! hehe.. i’m keeping it though… nek ke, nak ke, lantak lah kan..?)

Ko tengok.. budak waiter pompuan tu letak sudu, macam tak makan 10 hari…. senget2 (gambar ni tak de touch up punyer, memang dia letak senget2 and blah gitu je..)..sib baik aku bukan boss dia…. 😛

Sebenarnya aku bukan nak makan benda ni pun, aku tengah usha benda lain tapi waitress tu (bukan budak yg letak sudu senget..)  garang sangat, terperanjat aku, terus TER order benda ni. Sedaappp!!!! Pan fried salmon with garlic spaghetti, macam tu lah lebih kurang nama dia, rega RM19.90 (mahal nokks sebab salmon tu dia potong nipisss – sebab tu aku ingat rega dia)

oolala! pancake pisang adalah sangat sedap! Harga lupa sebab sedap sangat!!! Fluffy, tak muak, cuma maple flavoured syrup je kurang, bukan kurang sedap tapi kurang kuantiti!! terpaksa mintak tambah… hihi

Mangsa paparazzi cuma melarikan diri dengan menyembunyikan muka disebalik jari yang gemuks…. haha

Sebenarnya aku nak ambik gambar air aku ni, vienna coffee ke hapa nama nya tu… tapi nampak tak belakang tu… mangsa perasan, paparazzi nak ambik gambor dia….. hahaha tutup2 muka plak… sape nak amek gambar ko..? hihi.. 😛

Haa… mereka2 yang makan bersama aku adalah orang yang membosankan sebab diaorang semua order makanan yang sama dengan trip yang lepas2….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>