Makan-Makan Cari Pasaallll… Restoran Hj. Salleh – Kukup, Pontian Johor

Makan-Makan Cari Pasaallll… Restoran Hj. Salleh – Kukup, Pontian Johor

Weekend, tak tau nak buat apa, dah penat melantong kat rumah, ingat nak jalan2 pergi tengok laut tapi… malas pulak nak ke Desaru, jalan jem. Last2 pergi Kukup, sajork. Jadi lah ada gak bau2 lumpur hehe ­čśŤ ┬áBiasanya, orang kalau pergi ke Kukup mesti lah nak makan seafood, dulu2 masa aku kecik2, bapak aku selalu bawak pergi makan kat restoran seafood cina kat hujung sekali. Sedap weeyyy… habis aku kokel ketam, tak padan dengan kecik. Sekarang ni, pergi dengan en. laki, jangan harap lah nak dapat makan kat chinese seafood, dia tak bagi, kata dia mendatangkan was2…so i have to settle on this shop :

Oppss! Sorry, kedai yang berhadapan dengan Imigresen Kukup ni ek… Nama kedai, Restoran Haji Salleh, kalau tengok, muram, macam nak tutup…. tapi jangan risau, open for business ok… Pelayan2 dia friendly, tengok ke mata kita and senyum ikhlas… Aku sukaa… Disebabkan perut aku lapar macam dah sebulan tak makan, aku order Nasi Goreng Hailam, Sayur campur, Udang Butter Kering (dlm menu ada yang basah), en. laki order, anak sotong goreng cili (baby sotong) dan nasi goreng ….kicap (what else, memang favourite dia)

Makanan pertama yang sampai, baby sotong goreng cili….

10 minit selepas tu, nasi goreng hailam (nasi goreng cina rupa nya….)

dan ini, nasi goreng kicap, sama rasa, just tambah kicap… heee

10 minit lagi, udang butter pulak mari…. udang ni memang sedap, fresh, juicy dan manis

haa…. yang ini, tunggu sikit punya lama, sampai dah tinggal suku nasi goreng baru sampai, sayur campur

Ingat kan diaorang dah lupa nak masak, aku pun nak cakap kat dia, tak pe lah kalau tak buat lagi sebab nasi pun dah nak habis ni… sekali sampai pulak…. end up, udang dengan sayur ni, suruh doggy bag je, tak habis… Jumlah keseluruhan ‘petang hingga ke malam’ tu ialah RM47.70. Murah!! tapi…. kurang sedap except for the udang butter. ┬áService pun agak lambat, tak tau lah maybe diaorang tak cukup staff sebab tu lambat sebab customer dia tak ramai pun….. Anyway, aku masih mencari seafood restoran yang SEDAP kat Kukup…. MANDELA bukan seafood restoran, walaupun main star dia ialah udang. Lagi pun quality kat MANDELA dah merudum la…, latest pergi, dah tak sesedap dulu-dulu, masa dia underground (belum popular mainstream) TAPI harga dia memang MURAH and kalau hantu udang memang berbaloi2 pergi situ.

4 Responses »

  1. ko tak suka udang memang lah cakap tak sedap…. lagipun tak boleh terang2 kondem nanti orang kata aku nak jatuh kan sesama melayu…. muahahahaha… kenapa kalau kurang sedap, mesti murah tapi kalau sedap tibai harga yang bukan2? bukan nye harga barang kat Malaysia ni semua standard ke?

  2. Salam nak kongsi ….kami sekeluarga memang pengemar masakan di restoran haji salleh Kukup pontian Johor…masakannya sedap coz ala chines bukan Thai..susah nak dapat kat KL masakan sepertinya…terutama ketam goreng bercili dan udang sweet sour..yummi….best…kalau kami balik Johor kami pasti ke Restoran haji Salleh…….kalau boleh emailkan respi ketam bercili tu coz sedap sesangat la…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>