Makan-makan Cari Paassaallll – IT Roo Cafe, Jln Dhoby, JB

Makan-makan Cari Paassaallll – IT Roo Cafe, Jln Dhoby, JB

Hari ini aku pergi berdating dengan en. laki kat IT Roo cafe kat Jln Dhoby. IT Roo ni kira saudara sepupu sepapat dengan Restoran HWA MUI, yg kat JLN Trus tu… dulu lah. Sekarang ni dengar citer, owner dah tukor melayu. Entah… tak tau lah betul ke tidak…. Tadi masa pergi, time lunch, perut sudah kebulur… tengok menu semua macam sedap, macam nak order semua…. hehe nasib baik sedor diri, yang dah bertambah 4 segi ni, jadi cuma order IT Roo Nasi goreng original DAN Sweet Sour Fish Slices… CUMA katanya…. en. laki order chicken chop blackpepper, air watermelon & lemon barley <— ni aku punye.

Sorry la, gambar ala-ala blur sebab aku ala-ala malu hanjeng nak amek gambar…. itu pun hp cover2…. nampak tak? Udang yang tengah memberi pose seksis tonggeng tonggek tu? Ada 2 ekor saja TAPI size L…. puas hati! Pandai lah dia masak, daging udang tu crunchy… i loike! Harga aku tak ingat lah….dalam RM8 macam tu lah… Puas hati sebab walaupun korang tak nampak, nasi goreng adalah dipenuhi dengan cebisan daging ayam dan cebisan telur… AND believe it or not… aku tak larat nak habiskan…. jeng, jen, jengggg….

Ini ialah fish slices in sweet & sour sauce…. OOMMMGGGG… sangat sedap ok?! Ikan tu tak de bau fishy which is hanyir, salutan tepung tu plak, retain it’s crunchiness sampai lah kita orang habis melantak AND believe it or not!?, en. laki pun makan!!! Kan dia tak suka makan ikan tapi dia telah menyebok, kacau lauk i ni…. that’s how good dia punye rasa noks! Harga dalam RM12 macam tu lah… aku memang tak ingat exactly sebab bukan aku yang bayor… hihi 😛

Ini chicken chop blackpepper en. laki, rasa dia, aku tak tau sebab aku tak teringin pun nak rasa (which is so unlike me.. yang kalau boleh food kat table sebelah pun kalau boleh nak rasa kan…) sebab aku dah semput nak meng-abeskan nasi goreng tu… tapi judging from en. laki punye speed makan ayam tu, aku rasa sedap kot..? Cer tengok kat gambar tu, macam kungpu kelapa pandan … blur, tangan tu, punye lah laju makan…. hihi.. lapor ye sayang..? Harga dalam RM14 – 15 macam tu lah…

Total kerugian makan hari ini, aku tak tau sebab aku tak kepoh tanya. Maybe tak mahal sangat lah sebab en. laki kalau lebih RM30 hengget dia akan membebel – mahal, mahal…baik makan kat rumah….tapi nasib dia malang sebab bini dia ni tengah malas nak masakkkk… muahahahaha….

  • IT Roo cafe
  • 17, Jalan Dhoby,
  • Johor Bahru
  • Tel No : 07-2227780

Lebih baik buat reservation kalau nak datang, kadang2 restoran penuh, merasa lah korang menangok tunggu meja kosong, dah la parking pun payah…. Kalau nak take-away pun boleh call dulu..  Aku ingat nak ambek gambar name card dia tapi kamera gabak en. laki pakai, hp pulak gambar macam harem, blur. Aku nak tunjuk diaorang print ‘the best chicken chop in town’ tapi pada aku, kway teow goreng basah dia ialah the best in town. Macam Ipoh Hor fun… kalau tengok dari gambar la….. aku mana pernah makan yang ori… hehe

2 Responses »

  1. I am Mr Koh from Popular book city square .can u provide us the location map to ur restoran?coz we need the map for our book printing .kindly provide us as soon as possible .

    Thanx .
    Mr Koh ( Popular Book City Square )
    0127679133

  2. Dear Mr. Koh,

    The above restaurant is not mine, i just write a blog post about it. If you want more information, may i suggest you call the restaurant at the above number. Sorry i can’t be of more help.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>