Let’s Catit Resepi ~ White Cooked Chicken with Chicken Rice (Nasi Ayam la puuii!)

Let’s Catit Resepi ~ White Cooked Chicken with Chicken Rice (Nasi Ayam la puuii!)

chickyrice

Tahun ni umur aku 40 tahun. Yes, i know sometimes bercerita macam budak tak matang… so what! (Taik kambing bulat-bulat, tertelan guli, terlompat-lompat…… see?) tapi adalah sangat menyakitkan hati bila berbual dengan someone and they point this out to me…. Ye lah, if they say ….biasalah orang tua….. Aku biasanya on reflex akan immediately balas.. eh, apahal plak??  Tua lah, tahun ni kan dah 40… Aku akan rasa macam nak lempang jek mulut orang yang cakap tu…. kalau aku cakap, ye..memang dah 40, kau pun nanti turn 40 jugak and orang tu jawab… ye tapi lama lagi but you are already 40! Macam lahanat tak?? Saje buat my blood go upstairs….. Aku sebenarnya nak je cakap, HALLO, AKU 40 TAK NAMPAK MACAM 40. KO YANG BELUM 40 TAPI MACAM DAH 45 NI, APA KESSS????? Boleh ke, kalau aku nak cakap  macam tu? Of course tak boleh…nanti gaduh, kecik hati and tak habis2 mokcik ni dikata busuk hati….. Haishhh! 40 kali engkorang doa, makbul lah ….. Nauzubillah!! Semoga dijauhkan sifat tu dari diri aku… Haaah! Sapa yang terasa tu kalau baca ni, memang kau lah tu..  Orang perempuan memang sensitif bab umur, bab berat badan, so tak payah lah nak gurau-gurau gampang sontoloyo dengan aku bab umur dan bab berat badan ye..?! Aku memang tak boleh terima…. and aku rasa daripada kau suruh aku duduk surau, aku rasa kau yang patut pi dengar ceramah kat surau….

Ok…tengok dah lari tajuk, emo pasal orang kutuk diri ni dah tua…… hahahaha padahal aku saje jek panggil orang “TUA” aku, TUA / VETERAN.. hahahahaha… hipokritis nye aku… 😛

Sudah lah! Gambar atas tu gambar dinner aku malam ni…. Aku adalah sangat teringin nak makan nasi ayam hainanese, ayam putih (bukan goreng)… Selalu (setahun sekali tau, aku punya selalu ni…) aku gi bedal kat Lavender tapi mahal giler… RM15.. hari ni ntah kenapa aku boleh macam rasa macam tak berbaloi pulak aku bagi Lavender RM15. Dah la kadang-kadang waiter macam nahorom! Tak boleh! Tak Boleh! Masak sendiri…. sebenarnya memang reti pun nak masak, MALAS lebih! Let’s catit resepi and tengok gambarrrr….

chickyrice 7

Nama pun nasi AYAM, of course lah star dia AYAM. Kali ni aku masak sikit jek sebab aku kedekut…..dannnnnn…. sebab veteran-veteran kat rumah ni, bila aku cakap aku nak masak ayam putih, jelir-jelir lidah… (yes you, MAK!) tak suka konon… Tak de hal punye, aku pun beli ayam separuh, membazir pulak kan kalau buat seekor… Cara masak ni aku ikut style Kylie Kwong sebab aku rasa cara dia simple dan tak memeningkan kepala otak… Of course, aku dah alter ikut kesesuaian kan..? Halia tu kopek kulit and hiris lebar2, daun bawang tu, potong 2 ke 3 je… (of course lah buang akar and bersihkan..!)

chickyrice 6

Didihkan air dengan halia hiris dan daun bawang tu, ayam perap dengan kicap cair sementara tunggu air/stok mendidih. Bila stok tu dah mendidih, masukkan ayam and kecilkan api dapur. Reneh ayam selama 15 minit tapi jangan sampai air tu mendidih balik.. Macam dalam gambar ni je… api kecik la… bila dah sampai 15 minit, tutup api dan biar ayam sejuk dalam stok tu selama 2-3 jam (aku biar dalam 1-2 jam je)

chickyrice 5

Bahan-bahan nak buat nasi ayam… halia dengan bawang putih tu tumbuk, aku pakai separuh jek untuk masak nasi, separuh untuk tumis sup… Mokcik guna beras basmathi, dah basuh bersih, rendam sekejap sebelum tos kan untuk masak. (perasan tak how anak chep wan, si apa ntah nama budak tu, dalam iklan prego dia sebut tos as toss?! Setiap kali aku tengok iklan tu, aku rasa macam nak jo’toss’ kepala dia… tos as in ‘toast’ ye, bukan ‘toss’..) Serai tu ketuk-ketuk, tumis halia/garlic yang dah ditumbuk tu….bila dah wangi masuk serai, gaul-gaul pastu masuk kan beras yang sudah ditoskan. Gaul rata, masukkan stok ayam tadi, perisa kan garam and tunggu sampai masak…

chickyrice 4

Bahan-bahan untuk cili sos. Cili merah, cili padi, bawang putih (lenkali aku nak type garlic jek sebab pendek sikit) dan sedikit halia (actually ni dari bongkah halia nak masak nasi tadi..). Kisar semua menatang kat atas ni. Lebur dalam periuk, letak stok ayam tadi sikit, dalam 1tbsp cuka (aku guna cuka kurma), sos tomato sikit, gula and garam and masak sampai mendidih and pekat sikit, siap!

chickyrice 3

Ini lah rupa chai poh…. kalau makan laksa johor, tak letak chai poh macam kurang rasa tendangan penalti. Ini pun one of the important ingredient untuk sup nasi ayam, pada aku lah. Aku memang berbulu kalau makan kat warung orang yang jual nasi ayam tapi sup dia cair dan tawar hebeh macam air paip… Baik letak air paip panas je…. (air masak le kan…? hehe) Tumis belen halia/garlic tumbuk tadi, masukkan stok ayam, letak chai poh tu dalam sesudu dua, sudu besar la.. masak sampai mendidih, letak la black pepper ke white pepper, ikut suka hati korang lah… aku letak blackpepper.  Dah mendidih, rasa masin ke tidak, tabur ler, daun sup+daun bawang and boleh tutup api dapur. SIAP UNTUK DIBAHAM!!!! Opss! Ulam nye ialah timun and daun ketumbar buat mereka yang suka… Aku suka….

chickyrice 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>