Let’s Catit Resepi! ~ Prawn Pasta ala Jamie Oliver 15 minute meal

Let’s Catit Resepi! ~ Prawn Pasta ala Jamie Oliver 15 minute meal

prwanpastar

Ok aku dengan mak aku memang suka tengok cooking show berjemaah, so semalam tengok lah rancangan Si Jaime Oliver (JO) 15 minute meal nih… Mak aku sudah sound, isshh macam sedap jek, kau masak la.. Yes, cabaran aku sambut (biasa lah plagiarized Barney Stinson – versi melayu)… Nama pun 15 min meal, mesti lah aku nak try, sebab nampak simple, kalau susah, tak hingin aku… Puas aku cari resepi dia online tak de yang sebiji sebentuk, kalau ada pun tak bagi listing bahan-bahan lengkap… Rupa nya si JO ni ada juai buku resepi 15 minute meal dia tu, tu pasal lah kot tak de resepi lengkap… kat website dia pun tarak… Aku memang tak de makna lah nak beli buku dia, tak mampu aku, mahai!! So, ini ikut memory aku yang ingat-ingat lupa la… aku dah ubahsuai ikut apa yang aku ada dan apa yang aku suka…

prwanpastar 6

Bawang besor, bawang putih, cili padi kering 3 ketui. Nak pedas letak 15 ketui, tak de sape kisah. Kau cirits pun aku ucapkan selamat maju jaya je… Ahh, menatang ni semua potong – bawang2 dadu, cili hiris.

prwanpastar 4

Udang banyak ni… kalau rajin ko kira lah berapa ekor or segenggam (genggam tangan aku yang gemuk ni ok..)

prwanpastar 5

JO letak saffron, aku tak de and mmg tak kan aku beli sebab mahal, dia jugak letak serbuk kayu manis, aku tak de tapi campak kayu manis teruih seketul kecik – sama jek… JO tak letak cendawan tapi aku letak sebab aku dah beli cendawan diskaun ni, bila lagi nak guna kan..? Aku memang suka beli diskaun-diskaun ni sebab murah, lagipun elok lagi… Anchovies tu beli kat cold storage, aku tau ada orang tak suka but i love the taste, macam tengik2 cun gitooo…. dia macam budu lah..cuma budu tu essence sebab cair, dia ni masih ada rupa ikan lagi… kalau tak ada boleh kot guna budu…?

prwanpastar 3

Guna passata ni, kalau takde pakai jek tomato dalam tin, cuma kalau boleh jangan lah guna tomato ketchup! No, No, No! Ni pun beli kat cold storage, dah lama beli, see berabuk dah, nasib baik dalam kotak… hihi ¬†Aku guna dalam separuh saja….

prwanpastar 2

Aku suka pakai spaghetti ni, u’olls can use whatever u’olls suka… Ni pun aku guna 1/2 kotak jek…

Aku tumis guna butter, letak minyak sikit supaya butter tak hangus, tumis bawang besar, bila dah translucent, masukkan bawang putih and cili kering, tumis sampai agak perang, masukkan anchovies dalam 1 tsp (dalam 1-2 ekor) dengan minyak dia sikit. Kacau rata, bila dah macam perang sikit, masukkan udang and kayu manis, kacau rata, 1-2 minit, terus masukkan cendawan yang dah dihiris, kacau rata lagi, tengok macam cendawan dah layu sikit, terus masukkan ¬†passata, tuang air sikit kalau pekat (memang pekat pun) Kacau sebati, masukkan perasa..i.e garam, gula and freshly ground black pepper. Terus masukkan pasta yang dah siap direbus dalam periuk, gaul rata and hidang terus… Siap! More than 15 minutes but under 30 minutes. Easy peasy… heheh..

prwanpastar 7

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>