Let’s catit resepi ~ Meatball Spaghetti Simple ala Jaly

Let’s catit resepi ~ Meatball Spaghetti Simple ala Jaly

bolaboladaging 2

Merasa lah korang nak menatap gambor spegetti tak habis-habis. Minggu ni aku kenan Italy, so this week i’m Ja(wa) + (Ita)ly = Jaly ok..? Hahaha…. Lepas buat prawn pasta hari tu, aku adalah tak puas makan ok…so tekak nak lagi… teringat kat dalam esbok ada daging cincang yang aku beli, ntah tahun bila… nak buat bolognaise macam dah muak gitoo (ko mampu senah, Jaly ni nak muak2 gitoo?) ┬áSo, aku terus mendapat idea bernas dan bergeliga macam batu geliga, nak masak meatboll…. Let’s tayang gambarrrrr…..

bolaboladaging 6

Tiap kali nak buat apa-apa terpaksa letak disclaimer, lest nanti orang gila datang meroyan kat blog aku…. Ini meatboll versi Jaly, so aku buat ikut sedap aku la…. daging cincang ni tak bagus, banyak urat/cartiledge dan lemak, beli kat pasar borong pandan…lebih baik beli kat jusco ke cold storage sebab kurang kandungan lemak… Daging cincang Ramly pun banyak lemak and bau macam burger, me no loike! Korang suka, korang punya hal ek! Aku campur bawang, karot, celery, telur sebiji, parmesan cheese and roti gardenia yang aku dah basahkan dengan air…. Kalau suka sila lah tambah rempah ratus ikut tekak memasing, aku malas… Gaul semua sehingga sebati, dan sila lah mengentel jadi bola… Aku buat besar sikit dari telur puyoh…dapat la dalam 18 biji…

bolaboladaging 5

Lepas tu boleh di goreng ye….Aku simpan separuh dalam freezer, senang kalau nak makan lagi…

bolaboladaging 3

Ni mat salleh perancis panggil mirepoix.┬áSebutan nye meera-puah ye kawan-kawan… bukan mee-re-poik! Haaa, korang jangan pandang mokcik ni enteng tau! Aku ni bukan setakat, Jaly, Jabai, aku juga boleh jadi Jacis!! muaahahaha… ok, benda ni nak guna untuk buat kuah tomato kita…. Separuh aku dah lebur dalam meatboll, yang ni dalam kuah plak… selain dari si poik ni, aku juga guna menatang-menatang ini…

bolaboladaging 4

Passata belen hari tu, parmesan cheese tu dulu beli konon nak buat biskut raya, akhirnya biskut ke mana, jadi meatboll plak dan juga daun basil. Aku sebenarnya tak paham kenapa mat salleh suka benor dengan daun basil ni… tak steam pun pada aku… steam lagi bau daun selasih… aku beli ni pun sebab terpengaruh dengan resepi mat salleh ler ni… sebab aku rasa kalau tak de pun, aku tak notice.. hehe..

Masak kuah tomato macam biasa lah eh, tumis si poik tu tadi, lepas tu masuk passata, masuk daun basil, air sikit…time taip post ni baru aku perasan aku lupa nak letak bawang putih rupa nya…. hahahaha… patut lah macam kurang sesuatu… Kali ni aku masak, aku melantak sakan. Makan sorang satu kuali…. Juri-juri veteran eksyen, diaorang pi McD… dan akhir nya aku rasa kebotong macam ular sawa telan kambing, mesti lama lagi lah aku mengidam nak makan spaghetti kuah tomato… hehe…

Adios!!

bolaboladaging

3 Responses »

  1. Kalau kat JB boleh beli di Cold Storage Plaza Pelangi. Kat tempat lain tak sure pulak…
    Biasanya ada dijual kat pasaraya…tapi kalau kat JB tak pernah lagi jumpa kat Giant or Tesco….Jusco mungkin ada..
    Hope that helps…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>