Let’s catit resepi – Laksa Johor Jhoolis

Let’s catit resepi – Laksa Johor Jhoolis

Hoh! Aku rasa laksa Johor yang aku buat ialah laksa yang tersedap yang pernah aku makan…! Riak kan satement  tu? (typo ni tapi bior lah, comel plak..) Ye lah, aku membesar dengan memakan laksa Johor resepi mak aku ni, bila aku dah besor panjang, dah ada duit sendiri bila try makan laksa Johor kat luar, aku sentiasa very critical tentang rasa dia… pada aku sentiasa not up to my standard….. sebab apa? Sebab aku dah rasa yang lagi sedap mengikut citarasa tekak aku dan aku pandai masak laksa tu….. hoho… Laksa Johor mak aku ni, yang aku dah pun kebas dan mengaku as laksa johor jhoolis ni, bukan nya ada letak ikan kurau masin ke, apa2 yang orang Johor lain claim ‘AUTHENTIC’, bahan2 dia biasa jek dan yang penting tak mahal sangat…. cuma aku nak tekan kan disini, laksa johor tak letak bunga kantan, mesti ada santan dan KERISIK… if not, bukan laksa johor but laksa engkorang punya suka nak letak nama apa….

Walaupun aku dah selalu letak kat sini gambor laksa aku (selalu kerr…? masak laksa johor pun setahun 2-3 kali je…. 😛 ) aku still nak enterframe and letak resipi sebab …. aku sendiri kenkadang ingat-ingat lupa…. hahahaha… INGAT!!! Kalau lah ada yang nak menerai resipi aku ni and entah dengan kuasa tuhan tak sedap pulak kat anak tekak si tukang masak, SILA SALAHKAN DIRI SENDIRI SEBAB TAK PANDAI MASAK…. jangan salah kan resipi agung yang mak aku kelepet dari sokkabar dalam tahun 70an ni eh….. Aku jolok lubang idong sorang-sorang dengan tulang ikan nanti…..tak caya cuba lah jumpa aku face to face and cakap….yang pasti memang kena maki…

Let’s catit :

  • 4-5 ekor ikan selar besar yang size sederhana (aku tak ikut sistem metrik, aku kira berapa ekor… )
  • segenggam atau 100 gm udang basah (kopek kulit, letak tepi)
  • 2 tbsps udang kering
  • 7 pcs cili kering
  • 4 biji bawang merah size sedang
  • 2 biji bawang putih
  • 1 cm halia
  • belacan sikit
  • 3-4 batang serai
  • 2 tbsps serbuk kari
  • 1 paket kecik kerisik
  • 1 kotak santan harmuni/kara
  • daun kesom secekak kecik
  • asam keping
  • timun
  • taugeh
  • chai poh
  • bawang besar mentah
  • daun selasih
  • sambal belacan
  • limau kasturi

Cara buat :

  1. rebus ikan, bila dah masak and sejuk, sila lah asingkan isi ikan dari tulang-temulang… this is the main reason why i dont use ikan parang… aku tak de masa nak kobet tulang dia yang haluuuusss tu. Besides aku makan jiran aku buat pakai ikan parang, tak mendatang orgasma berganda pun sebab kuah nye rasa ikan sangat nipis… (paham ke maksud aku ni..?)
  2. Lepas tu silalah kisar isi ikan dengan udang basah tadi, guna kan stok ikan yang telah ditapis ye…. aku cukup sakit hati bila makan laksa, kuah tu ada serpihan tulang dan sisik….
  3. rebus cli kering yang dah dipotong and buang biji, lepas tu kisar dengan bawang merah, putih, halia, udang kering, belacan and serai yang dihiris. Jangan plak guna air rebusan cili kering tu – itu bodoh nama nya! Buang and guna air yang segar keluar dari paip.
  4. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing, pastu letak serbuk kari yang sudah dibancuh menjadi pes dengan air. Kacau hingga sebati dan garing semula
  5. Lepas tu boleh lebur ikan yang sudah di kisar tadi, letak sekali kerisik, asam keping, daun kesom, santan dan air mengikut citarasa anak tekak ko. Kalau suka pekat, letak sikit. Kalau suka cair letak lah sebaldi….
  6. Biar merenih selama 15- 20 minit, sementera tunggu dia mendidih dan merenih, boleh didihkan air nak masak spaghetti. Aku suka pakai brand Barilla, ikut suka korang lah nak pakai brand ikut kemampuan memasing.
  7. Hiris timun, daun selasih, bawang merah besar. Basuh chai poh dan perah. Buat le sambal belacan..
  8. Jom mentekedarah…. NYUMM!

laksajhoolis

 

2 Responses »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>