Let’s catit resepi ~ Laksa Ala Singapore

Let’s catit resepi ~ Laksa Ala Singapore

laksaalasingaporeh

Tadi tayang gambar ni kat FB. Hari sabtu tak terlintas pun nak makan laksa singapore ni tapi pagi tu tengok AFC ada iklan tunjuk mat salleh makan laksa singapore, pergghhhhhh! mengancam jiwa dan raga tul… So pagi tu keluar sebab pi beli barang sikit, terus merempit pi pasar KIPMART perling. Nasib baik lah poket dah rabak, tak de lah aku mengganas beli barang kat dalam tu. Beli yang perlu jek, tak sampai 15minit dah cabut. One thing aku notice sekarang ni udang adalah SANGAT mahal!! Udang kecik cenonet pun dah 21hengget sekilo… yang biasa aku beli 20-22hengget sekilo sekarang dah dekat 30 hengget!!! Huh! kensel makan udang…. bajet-bajet….

Masak sendiri memang adakala nya menjimat kan. Contoh masak laksa ala-Singapore ni, aku beli laksa, taupok, fishball (pek kecik) – RM5.50. Beli kerang sekilo RM3.00, santan kotak memang dah ada stok kat umah, daun kesom pun ada tanam, nak pakai potong le sikit… bawang, halia, cili kering memang dah ada dalam stok… yang tak syok ialah aku lupa beli lengkuas… oh yes, serai pun main potong je kat luar… So total kerugian kepada poket berbelanja kat pasor ialah RM8.50. Of course kalau barang asas dapur tak de, belanja mestilah meningkat kan…? Lagi satu laksa aku ni memang ekonomi habisss, aku malas nak defrost ayam ke segala jenis binatang yang ada dalam fridge tu.. just guna fishball and kerang… Let’s catit resepi…

Bumbu rempah

  • 7-10 biji cili padi kering
  • 2 biji bawang merah (size besar)
  • 2 biji bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 tbsps udang kering
  • 2 batang serai – potong halus

Menatang kat atas ni semua kasi kisar sampai halus, pastu tumis sampai naik bau. Batang serai belen tadi tu, aku ketuk-ketuk campak sekali dalam periuk time tumis… ┬ábila dah pecah minyak masukkan stok ayam, santan, fishball, asam keping, daun kesom aku simpul jek segenggam (tak kuasa nak petik satu-satu and time makan bukan makan pun), campak dalam periuk, gaul rata dan tunggu sampai mendidih. Kecikkan api, masukkan taupok, reneh selama 10 minit, perisakan garam.

Didihkan air dan celur laksa. Kerang rebus dan kopek. Bila nak makan letak semua dalam mangkuk macam kat bawah ni dan apa lagi… BEDAL!!

laksaalasingaporeh 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>