Let’s catit resepi – Kari Ayam Simple V.1.0

Let’s catit resepi – Kari Ayam Simple V.1.0

Weekend aritu ada chinggay, memula dinner ingat nak masak beehoon goreng tapi apakan daya, stok beehoon kering dah pupus…. nak keluar pi kedai plak, jalan dah tutup… nak makan nasi macam tak de mood, so aku pun dengan gagah berani nye buat roti jala…. hehe… Resepi roti jala dah letak kan? So kali ni, aku nak letak resepi ayam yang simple giler, giler pun tak simple macam ni…. So, let’s tayang gambar …..

ayamayaman

Nama pun kari ayam, so star of the show mesti lah ….ayam, ye dak? Ini ialah rupa ayam yang telah dipotong-potong dan dibersihkan… Kalau aku yang masak, memang tak kan ku bogelkan ayam tu. Peduli apa aku, orang nak cakap high cholestrol ke, menggemukkan ke, aku still setia dengan ayam yang masih berbaju ini… Potong stim lah makan ayam bogel…

bumbunnya

Rempah kari aku simple jek, bawang merah, bawang putih dan halia. Kisar sampai hancuq… Aku tak suka hiris, sebab pada aku menggangu aku nak makan… lebih baik blender semua biar dia terus melebur dalam kuah…

karipulek

Aku guna 3 tbsps serbuk kari faiza + 1/2 tbsp serbuk cili, pastu campuq air sikit buat pes..

susupepejal

Aku tak guna santan tapi tairu/yoghurt… kentang sebiji, potong lah dadu ke tigasegi ke, sukahati korang… Aku tak tau pulak tairu/yoghurt ni dikenali dengan nama susu pepejal..? Pelik je, sukahati nenek mentua belah atok dia nak bagi nama….

jalajaya

Tadaaaa… tiba-tiba dah siap and makan dengan roti jala…. NYUM!! Dap!… Nak masak, tumis ler bahan kisar, bila dah garing and bewarna keperangan, masukkan pes kari, tumis lagi sampai garing…. lepas tu masuk ayam mentah, gaul rata dengan pes, biar selama 5-10 minit, Kacau-kacau tau, kalau tak hangit ler kari kau… Pastu masukkan air sikit, tairu, kentang , kacau sehingga sebati, biar hingga mendidih, kemudian renehkan hingga ayam masak dan kentang empuk. Oh ya, aku juga masukkan 1 tbsp susu pekat ke dalam ini kari… sedap noks..!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>