Lemon ke chicken ku ini..?

Lemon ke chicken ku ini..?

Semalam balik kerja sangat malas nak masak tapi nak makan luar pun tak tau nak makan kat mana…. Tempat yang aku suka biasa nya moolah yang kena keluar pun banyak so… tak boleh… asyik makan luar jek, ingat laki aku cop duit ke? Tak pun nanti aku pulak kena pow… baik lah masak kat rumah…

Aku dah berangan nak makan lemon chicken… bahan semua dah ada, resipi pun gua dah print dari internet… so aku pun dengan malas dan panas hati nyer start masak…. tapi bila kita masak dengan hati yang berbuku dan bergumpal macam daging beku… apa yang kita masak pun rasa dan rupa nya macam hampas! Before korang jump to the conclusion yang aku panas hati dengan laki aku, let me tell you, aku baran sorang diri…. boleh? Marah sensorang diri, tak tau marah kan apa, tapi marah… dengan ayam tu pun sikit lagi kena seligi dengan aku….lepas tu padan muka aku… goreng ayam, hangit, terus rentung rupa ayam aku… hahaha….

lemon-chicken

Tengok lah gambar ni… resipi aku malas nak type sebab tak sedap sangat lah lemon chicken aku… aku nak cari resipi lain pulak. Nasi goreng tu pun, laki aku cakap tak sedap… tapi cakap slow-slow and tak directly cakap TAK SEDAP… mesti takut aku mogok tak mau masak… hehe.. alah… aku rasa nasi goreng tu, ok je… dia je yang sengal.. masak sendiri lah..! Heh..emo plak..

nasi-goreng

P/S Aku lupa nak upload ni tadi… seswaiiiii dengan mood aku semalam.. lemon yang aku pilih pun ada tanduk dua macam tanduk SYAITHON!!! hehe

devil-lemon

5 Responses »

  1. hehe.. tak de lah..
    alang-alang menyeluk pekasam biar lah sampai ke pangkal ketiak…
    entah bila aku nak rajin post lagii…

  2. salam! kita buat lawatan balas… bestnya, akan selalu lagi ke sini, heheh (org johor ni tak jauh dari nak hidup berkompol je ek, even kat blogsphere) 😉

  3. Pingback: Iftar day 20 – 300810 ~ Lemon Chicken Hampeh! « So called chronicles of my life

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>