Lembu ada taik hidung tak?

Lembu ada taik hidung tak?
Kenapa kita malas membaca? By kita, i mean Malaysians, bukan hanya melayu,cina,india atau yang selalu tick kotak lain-lain tu. Membaca yang aku maksudkan ni, baca signboard. Hari-hari aku mengadap perangai malas membaca ni, hari-hari aku kena jawab soalan bodoh yang jawapan nye ada terpampang sebesar-besar tidak kat dinding. Bukan besar taik hidung tapi besar lembu, kaler merah lagi signboard tu. Tak tau lah kalau ada lembu besar taik hidung atau taik hidung sebesar lembu atau lembu ada taik hidung ke? ok i digress.
Sangat menekan perasaan kalau kau kena jawab soalan bodoh yang sama lebih dari 18 kali dalam sehari. Susah sangat ke kalau keluar dari pintu lift, berhenti atau kalau tak nak berhenti sebab takut lambat sangat nanti nak melangkah tak sampai sepuluh langkah tu, jeling sambil baca (dan FAHAMKAN) pun cukup lah. Cukup untuk tak buat aku bertukar menjadi wicked witch from the west dan mengurang kan pahala puasa aku….Ini tidak, asal keluar pintu lift, terus menerjah mana pintu yang terbuka dan terdekat, macam badak sumbu nak padam unggun api, hari-hari ok macam tu?!
Lepas tu bila orang tak layan dia sebab dah memang bukan service counter kan, mana ada orang nak attend, tinggi suara, buat jegil2 mata! Ada tu, bila kita cakap dia salah tempat, membebel2 cakap bagi dia salah direction, menyusah kan dia lah, masaalah nyer, kalau dia baca sign board kebarangkalian salah tempat tu kurang kan? Ada tu nak pergi tingkat 10, aku kat tingkat 9, bila cakap dia salah tempat kena naik satu tingkat lagi, dia boleh tanya aku balik ni, Ni bukan tingkat 10 ke, dengan muka yang maha eksyen… Orang macam ni pun ada…

* Gambar lembu aku dapat from go0gle, mana nak cari lembu kat rumah aku nih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>