Laksam

Laksam

First time aku makan laksam was in 2000, masa tu aku pergi P.Perhentian and was in transit in K.Trengganu before balik KL-JB. At the time, i was travelling on a very tight budget (sekarang pun sama gak..) so we ( a friend & i) was walking around looking for a place to eat. Jumpa lah satu warung and my friend ni pun order lah laksam, aku tengok aje dengan pandangan skeptical as in you have got to be kidding me… macam tak best je…. and i was right…. Memang tak sedap! Kat warung tu lah… so my first experience was not a good one at all.  The second time i tried laksam was in K. Kemaman with an ex-bf, this time it was slightly better but aku ala-ala jakun sebab dia bagi belacan seketul gitu. Surprisingly, my love affair with laksam continues but relationship with the ex was burned beyond recognition….. haha  Bila kat JB ni, aku dah beberapa kali makan laksam yang sedap gila wa cakap lu! sadly though, 2-2 tempat tu dah tak jumpa lagi…. tension betul lah! Asal ada orang meniaga sedap sikit je, mesti ada yang kacau daun sampai kawan tu tak meniaga lagi…. yang jadi mangsa ialah aku! Sebab tak dapat makan masakan diaorang… 😛  So, adalah gigih mencari resipi laksam sebab teringin nak makan.

Laksam ingredients :

  • 200 gms tepung beras (erawan brand)
  • 40gms tepung gandum
  • 600 ml air
  • secubit garam

Cara masak laksam :

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk and kacau sebati guna whisk, kalau takde, sudip kayu pon boleh (need extra work though)
  2. Panaskan pengukus, bila dah panas sapu minyak ke tudung periuk, kukus sebentar (kosong)
  3. Tuang sedikit adunan ke atas tudung periuk tadi, kukus hingga masak
  4. Adunan akan menggelembung bila dah masak
  5. Keluarkan, tunggu sejuk sedikit, gulung
  6. Kukus hingga habis adunan

Kuah Laksam :

  • 1 kg ikan selayang – rebus dan asing isi ikan untuk di kisar dengan bawang
  • 90gms bawang merah
  • 15 gms bawang putih
  • halia besar ibu jari
  • 1 tbsp lada hitam
  • serai – titik
  • santan dari 1 biji kelapa
  • bahan ulam : daun keson, daun selom, kobis, kacang panjang,bunga kantan – hiris halus
  • sambal belacan guna cili padi yang power!

Cara masak :

  1. Isi ikan, kisar dengan bawang merah, putih, halia sampai halus
  2. Tuang dalam periuk, tuang santan, campak serai, jerang
  3. Kisar lada hitam tabur dalam kuah, masak hingga mendidih, rasa garam, gula
  4. Last step makan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>