Laksa Penang Xpress untuk mereka yang pemalas macam aku….

Laksa Penang Xpress untuk mereka yang pemalas macam aku….

Tadi tengahari tengah berbual2 dengan kawan… citer nak makan apa for lunch? Dua2 rasa boring tahap gaban, makan pun boring.. tiba2 dia bagi aku idea.. nak makan something berkuah2 and masam.. aku terus pikir laksa penang… minah tu rupanya mau tom yam… heh.. i tak sedia nak mamam tom yam tapi laksa penang…. yess!

Terus merempit pergi pasar and beli bahan2 untuk laksa penang xpresss…!

Muahahaha…. Total modal untuk beli barang2 kat atas ialah : RM9.10 tapi boleh sumbat mulut 5 orang… kalau buruk lantak mungkin 2 orang lah… hehe (aku ler tuu…) cer kira kalau beli kat luar baper dah kena? 1 mangkuk RM3; 5 mangkuk kalu = RM15; kalau murah sikit RM2.50 tapi dah susah nak jumpa….

Jangan lupa tambah ini…… , rebus telur, potong cili padi, bawang, timun ……

Bila dah siap, boleh lah mentekedarah dengan lahap nya… kalau macam aku, makan 2 mangkuk…. errkkkkk!!!! alhamdullilah… šŸ˜€ kenyang… Actually, laksa xpress ni tak de lah sedap sangat, standard foodcourt jek… tapi time2 emergency boleh jugak….. nasib baik tak de petis, kalau ada lagi haolio!!! hohohoooooo……

*Resepi akan diberi kalau ada yang meminta sajek..

EDITED TO ADD :

Disebabkan ada olang minta resepi, dibawah ini aku turunkan senarai bahan :

  • 2-3 tbsps pes asam pedas adabi (kalau dapat pes asam pedas/rebus maggie laieĀ sedap)
  • 1 tin 230gm sardin, ambil ikan sahaja dan pecah-pecahkan Ā (boleh letak berapa banyak tin sardin yang korang suka ek… aku guna tin 230gm ni sebab nak bukak tin senang – kata malasss…. :P)
  • 1/2 – 1 kiub ikan bilis
  • 1 liter air
  • sedikit daun kesum
  • sekeping asam gelugor
  • 1 batang bunga kantan (optional)
  • sedikit daun pudina (optional)
  • Telur rebus (optional)
  • Cili padi hiris, bawang hiris, timun hiris (optional)
Cara masak :
  1. Rebus telur dulu sebab telur lambat masak
  2. Bukak pes dan tin sardin, ambik periuk letak air 1 liter, letak 2 tbsps pes asam pedas, tuang sardin hancur, letak daun kesum, bunga kantan belah 2 (sebelum tu hiris sikit untuk hiasan later on kalau suka), tambah asam keping 1 keoing, tenggek atas dapur and tunggu hingga mendidih. Lepas tu kasi reneh selama 10 minit.
  3. Jangan lupa kiub ikan bilis, sebab ini kan express tak de deep flavours nak develop so kita kena cheat guna perisa… muahhahaha, letak sekali garam.
  4. Hiris bahan2 optional, kalau tak suka, tak payah menyusahkan diri, aku suka, so susahkan diri sikit… sikit jek…
  5. Masak air seperiuk untuk celur laksa… Aku suka pakai laksa brand dalam gambar…sebab laksa dia halus sikit dan kenyal. Kalau laksa biasa tu gemuk dan lembik….me no loike!! Laksa tu banyak jual kat Kipmart… tapi kat pasar larkin pun ada… kena cari la… tempat lain tak pasti sebab jarang pergi…
  6. Bila dah siap apalagi… jom baham! hehe…

4 Responses »

  1. hokay!! siap resepi… i nak pergi tengok map roti nan… feel like roti nan malam ni… hehe.. gediknye… itu pun kalau hubby i nak melayan… kalau tak i pi sorang.. heheh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>