Laksa Asam dan Fish & Chips…

Laksa Asam dan Fish & Chips…

Lately ni jarang masak… asyik makan makanan kat kedai, sampai dah tak tau nak makan apa and kat mana…Punya lah kronik tahap gaban tekak aku ni… Hari Jumaat tu, aku terliuq tengok nasi lemak kat blog sarah, tekak terus teruja nak makan nasi lemak, cari kat UDA, tak dak, pi Larkin kat kedai-kedai depan Gulam tu, sekali…. padaiyappa betul lah! tutup!!, aku tak berputus asa, pi Kg. Melayu plak… ingat nak tengok kat kedai-kedai yang depan masjid tu.. sekali ada ceramah agama, jalan jem so tak singgah, tak de parking (chit, bukan nak pi masjid, dengar ceramah.. maaluu…), last resort aku pi kat deret kedai kat kebun teh depan JKR lama tu…. beli nasi lemak rayyqal ke apa nama tu aa… Hmmmm… kuciwa, sambal dia tak power langsung.. Harap je pedas tapi tak sedap!

Semalam, terasa nak makan laksa penang / asam, pi Kipmart Tampoi pi beli ikan kembong 3 ekoq, beli mee laksa and a few other things… teruih balik rumah and masak… Ini hasil nya…Jujur cerita, laksa aku ni macam kurang sesuatu…. kurang sedap! Kurang masam…. tapi aku rasa, still better than yang ada terjual kat pasaran ….. (mak aku akan cakap, eleh, ko masak, mesti lah ko kata sedapppp!) bahan semua cukup, cuma kurang masam… perah limau, pass! 2.5 bintang dari 5 bintang ok..?!

Hari ni, Ahad…. tekak tak tau nak makan apa….. tengok tv, river cottage ke apa tu yang host dia rambut serabai… citer pasai masakan berkaitan dengan ikan… teruih tekak aku yang mengada-ngada ni teringin nak mencekik fish and chips pulakkk! Pi Tesco, beli gherkin, mayonaise, ikan dory yang bukan dory tapi ikan haruan mekong and a few sayur-sayuran…. beli menatang macam tu pun rega RM75+, ┬ácekik darah betul! Baik makan kat kedai.. tak penat masak and basuh pinggan. Dapur pun tak kecah… Anyway… this is my fish & chips… Aku menyesal tak sudah beli ikan dory yang bukan ikan dory tapi ikan haruan mekong tu… I HATED the taste of the damn fish… boleh..? Next time aku terpaksa keluaq duit lebih sikit pi pasaq beli ikan besar and suruh dia orang fillet kan… tak boleh belah rasa ikan dory tu.. tapi tartar sos aku tu adalah superb! hehe… :) Seriously, fish & chips ni ruined because of the fish… batter sedap, tartar sos sedap, kentang …. of coz lah sedap…. tapi dory yang menyamar tu, mengeciwakan……

Sebenarnya… aku pun tak tau lah apa motip aku masak benda-benda ni sedangkan aku truly, madly , deeply mengidamkan NASI LEMAK!!! Patut nya aku ┬ámasak nasi lemak bukan menatang-menatang kat atas ni…. sebab tu lah rasa macam kempunan sesuatu……. hahahaha… nyampah tak baca..?

Zaijian…. Zhu nin hao weikou (babai dan selamat mengisi tembolok y’uolls!)

One Response »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>