Korea vs Malaysia

Korea vs Malaysia

Merasa hari ni me update sampai 3 entry, nampak sangat lah me tak de kehidupan dan juga kerana laki me tak ada, so tak de orang sibuk kacau,  suruh mandi lah, suruh masak lah and suruh tidur. Also, adik me juga pergi outstation jadi me boleh berblogging dengan senang hati tanpa gangguan biadap asap rokok yang busuk…… me tak tau lah kenapa sejak dah tua melangut ni, me sangat sensitip dengan bau-bauan chemical yang dibakar itu… padahal dulu… me lah ratu naga. Anyway, kali ni me nak cerita pasal buah strawberry. Hari tu, me ada beli strawberry kat pasar, Bangla tu dok promo cakap kat me yang buah dia manis….opps… buah strawberry dia manis, buah dia sendiri  mungkin masam…hihi me maluuu….cerita pasal buah bangla pulak kannn… Import dari Korea, buah nye besar gak, warna tak merah sangat tapi bau dia sangat sweet… me loike! Harga pun boleh tahan murah la dalam RM10 sekotak. Me pun beli sekotak dua, dengan niat suci murni nak buat kek strawberry pendek (strawberry shortcake laa..) tapi that was 2 weeks ago and tak nampak bayang pun kek bantut tu… hihi <— ketawa malu nih… malas kan…

Pastu, minggu baru sudah ni, me pergi Tesc0 (mana lagi…) me ternampak lagi buah strawberry ni… kali ni harga dia RM6 ke RM8 la… me dah lupa, buah local dari Cameron Highland. Cantik… kaler merah menyala, comel2, me masih lagi dalam denial nak buat kek bantut strawberry so buat muka sedeih and tanya laki me, boleh tak beli…? Turn dia pulak belanja kan, so kena lah mintak izin, hati me girang bila dia cakap OK,  sambil kontrol muka buat muka garang… eleh! So me suka hati lah sebab me dah ada 2 kotak strawberry dalam esbok…… hihi tamak haloba nyer me…

Hari2 bukak esbok ternampak buah2 strawberry me kesunyian dalam kotak… so tadi lepas melantak pasta gulong maut, me telah ambik 2 buah korea and 2 buah malaysia.

stlobelly

Me pun potong… buah malaysia adalah sangat cun ok.. buah korea adalah ala-ala jek rupa… tapi tastewise….. adalah seperti langit dengan bumi ok…. buah malaysia yang cun melecun tu rasanya adalah sangat MASAM! Manakala buah korea yang ala-ala tu pula manis giler beb! ok… tak de lah manis giler,  me propah jek lebey tapi adalah lebih manis dari buah malaysia la…

stlobelly2

Patut lah orang tua-tua cakap… don’t judge a book by it’s cover. Rupa yang cantik tak menjanjikan kebahagian tau… Me dah experience…. tu tengok gambar atas… hok merah lawa tu MASAM! hok merah pucat pulak manis…..

**—> Nota pisang kaki : Me rasa seronok menulis macam ni…. mungkin me akan berterusan begini…apa kata mu ita..? 😛

2 Responses »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>