Kompilasi dan komplikasi….

Kompilasi dan komplikasi….

Aku memang saje jek buat title ala-ala gempak… macam best je kan? Kan aku ada bagitau, semenjak, dua menjak gigi karat tu tinggalkan aku, mokcik ni memasak kembali kan….? So, setiap kali masak, harus la ambik gambar untuk meriak2 kat facebuku dan wechatting… nanti orang tak tau aku rajin dan pandai masak…. hihi  tapi mana puas riak kat situ jek…dalam blog pun kena riak juga….so satu dunia boleh tau, aku pandai dan rajin masak….. heeeee….

French Onion Soup

Ini ialah french onion soup….aku buat ni pakai bawang beli kat diskaun corner la… rega RM0.99… haaaa…bijak tak? Rega normal dia aku tak ingat tapi yang pasti lebih dari 10 hengget…sebab bawang import. Kaler dia putih kehijauan…… jap aku check dalam hp ada tak aku amik gambor bawang yang besor bola besbol tu.. ke aku, dah padam…jap eh……………….aku baru teringat…amik pakai d7000…malas aar nak download… just trust me..bawang tu ialah besor ok… kalau aku baling kat muka gigi karat mesti lebam bijik mata dia…..silap2 buta… hehe

Aku memang suka makan french onion soup. Ini semua kesan dari kerja kat Holiday Inn la, masa aku muda remaja dulu…. AKu rasa masa tu, onion soup kat HI tu lah yang paling sedap yang pernah aku rasa seumur hidup aku…….jeng,jeng,jeng….sampai lah aku try buat sendiri…so aku rasa sup bawang aku lah paling sedap dalam dunia…. hehe

White Cooked Chick

Ini ialah white cooked chicken….nama mat salleh dia… Kalau bahasa melayu, ayam rebus…. ni pun favourite aku ni…. Jangan lah salah sangka yang ayam ni direbus sembrono jek ek…. Mula2 didihkan air, letak beberapa hirisan halia dan 1-2 pokok daun bawang… tak payah potong halus daun bawang tu, potong 2 ke 3 cukup, pastu ayam marinate dengan kicap cair…(tapi sejak kicap cair aku dah kena humban oleh mak kesayangan aku…..(sambil kecik kan mata ni type) aku guna kicap manis cap kipas udang je). Bila air dah didih, masukkan ayam, kecik kan api sampai air tu tenang…paham tak ni..? aaaaa tak paham pun tak pe lah…. biar sampai 10 minit, lepas tu tutup api dan biar ayam tu dalam stok selama 1-2 jam…. Haaaa part nak tunggu 1-2 jam tu lah mencabar kesabaran ok… Nak-nak time kebulur kan… Sos dia ialah, 1 tbsp kicap cair, 1 tbsp minyak bijan, sedikit stok ayam tadi, halia muda hiris, daun bawang hiris, 2tbsps minyak masak dipanaskan dan kemudian lebur dalam mangkuk yang korang letak semua bahan sos….I tell you, sound so simple kan? tapi rasa adalah sangat mahveles ok..?! Aku suka letak halia hiris banyak2…konon untuk buang angin tapi aku rasa macam tambah kepala hangin ada lah… huahuahua…

Stir Fried Eryngi shroom

Ini pulak…stir fry eryngi mushroom… ala…cendawan tu macam ni rupa nye…

king-oyster-mushrooms

Haaa… yang ni pun aku beli yang rega rm0.99…sebab dia dah tak berapa molek rupa dia…tapi sebenarnya masih boleh lagi dimakan… yelah harga biasa pun lebih dari 10 hengget… aku buat stir fry dengan daging shabu2 hiris, letak blackpepper sikit dgn daun bawang…wallah…makan meratah macam tu jek sambil terkangkang tengok citer W.E kat tv sambil nangis2..(nangis-nangis jugak, mulut tetap sumbat ok..?) sebab teringat kat gigi karat….dan juga sebab aku merembes tgk dia ni….

oscar

Ohmygoat!!!! Mokcik adalah sangat selera ok!? Pastu meratapi nasib sendiri sebab kenapa lah tak de orang hensem macam ni nak kat akuuuuuu….????? Gigi karat tu jugak yang aku nak rindu-rinduan, walaupun dia telah memilih kak tong lemak…. huuuwaaaaa…. tengok satu lagi gambar…..i memang suka jantanz yang muka seksi uolls….

Oscar Isaac

Sigghhhh…. apsal lah kau ni seksi sangat oscar?

Fried Button Shroom

Ini button mushroom goreng…letak kewpie mayonaisse… ciplak dari wadihana steak house… Aku dgn maman aku kalau pi mentekedarah kat wadihana steak house mesti akan order menatang ni…. Sedap uolls! Haaa…yang ni bukan mushroom rega rm0.99 ek.. Ini aku beli dalam RM7…. dapat nye ni lah yang dalam pinggan ni kot..? Aku pun tak berapa nak ingat da….

Spicy tuna pasta

Jengjengjeng….. ini lah pemecah dara untuk aku start memasak balik ye ladies and jentelmen….. Spicy tuna pasta aka pasta tuna pedas….. sedap dan senang untuk dibuat…. sangat sesuai sebagai comfort food….

ok…itu saje kompilasi gambar2 makanan aku… habis dah…. errrr…tipu lagi. Sebenarnya ada lagi tapi tak sempat nak download dari hp….  Komplikasi daripada aksi2 memasak aku ni ialah, sebab aku masak sedap sangat, aku makan tak henggat dunia…so ……..aku dah bertambah boncet uolls…!!!! HUWAAAAA…macam mana nak maintain gelaran mokcik hot ni….???????  😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>