Kerepek Telur

Kerepek Telur

Pernah dengar kerepek telur? Orang pantai timur mungkin dah biasa tapi aku rasa kalau orang johor mesti tak biasa dengar, betul tak?! (Cakap jek betul…) Ini salah satu jajan yang aku borong dari terengganu, aku beli kat losong kat tempat jual keropok lekor tapi masa aku ronda kat pasar payang pun aku nampak banyak benda ni ini di jual. Besar pulak tu saiz disk dia… yang aku beli ni comel…

kepektulur

Tu dia…siap nampak lagi no telepon kak rosmawati kita, siapa nak beli borong buleh lah call dia direct, ok. Harga yang aku beli ni RM2.50.

kepektulur2

Rasa dia…..macam mana nak describe eh…. macam makan cardboard yang manis…. ha…macam tu lah lebeih kurang …. Kerepek ni nama je kerepek telur tapi rasa dia cuma manis, tekstur keras and macam kadboard sikit. Cuba lah korang kunyah kadboard, pastu tambah gula sikit, haa… rasa dia sedap sikiitt dari tu lah…  Rupa kerepek ni lepas kena gigit macam ni hah… bersarang…. tapi tu lah….. rasa kadboard…

kepektulur3

Kat rumah ni sorang pun tak moh makan kerepek ni…. kesian dia. So aku lah jadi pelanggut setia makan, sekali makan 2 or 3 keping. Dah lama2 makan, you get use to the cardboard taste and suddenly it doesn’t taste that bad…. hihi. Insyaallah…dapat aku habis kan nanti….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>