Kenapa nama dia buruk?

Kenapa nama dia buruk?

Aku secara rasmi nya mencemburui orang-orang terengganu. Korang tau tak terengganu ni negeri yang cung? Seriously! As you can tell, masih lagi bercerita tentang ganu, baru balik kan… banyak lah modal aku nak bercerita… Ini first day punya aktiviti, sampai, check-in, keluar jalang2 cari makang…. perut dah kebulur habis, dah siap gaduh dengan en. laki sebab dia tak kasi berhenti beli kacang rebus & jagung kat kelulut ke mana tuh… gaduh sampai sebak2 sambil bawak kereta ni…. semua nya gara2 tak dapat makan…. buruk kan? hehe…. Ye lah.. kali terakhir dapat makan nasi was at 8am di kota tinggi, masa tu dah pukul 3pm! Lapar lah! En. laki memang tak lapar sebab dia kena food poisoning….. hahahaha… kijam kah aku ketawa kan dia? Aku rasa tidak sebab orang degil memang patut kena macam tu…. hahaha… dia kata aku degil, aku kata dia degil… 2×5 lah tu…

Pusing punya pusing, we settle on this shop kat tepi simpang, ntah apa nama jalan, aku pun tatau… makan mee goreng and kuey tiaw hailam. Pada aku sedap, en. laki, perut tengah meragam, aku rasa kalau aku bagi makan kicap pun dia konplen tak sedap…. Lepas makan mee, aku ushar tengok kuih2 pulak…(lapar..) masa kat kedai tu aku makan kuih nama dia aji seraban…sedap! Macam kuih seri muka, bawah pulut, atas, telur campur gula nira kot? Harga RM1. Aku juga beli dua jenis kuih untuk dibawa balik, nak makan kat hotel nanti… kuih puding ice cream ni hah…

batutakburuk9

and this one called qasidah..? tak berapa dapat tangkap apa budak tu cakap, loghat dia pekat.

batutakburuk10

My verdict? Dua-dua sedap tapi kalau kena paksa pilih satu jek, aku akan pilih qasidah. Tak sangka kuih yang ada bawang goreng ni sedap rasa nya. Hok ni murah 5 keping RM1. Kerugian semua sekali RM13+ … ok lah tu makan pun sedap, puas hati… ** aku baru tau kuih qasidah ni kuih orang utara rupa nya, patut lah en. laki eksyen cakap tak sama macam kat kampung dia… huh!

Lepas makan pusing jalan kat pantai batu buruk. Pantai dia tak buruk ok! Sangat cantik… air laut biru hijau and tiada sampah… sangat best! Ramai orang main layang-layang.

batutakburuk

En. laki siap dapat ambik gambar burung~~~helang ni lah! These pictures were mostly taken by en. laki. Ingat tu bukan aku yang ambik tapi dia ok? Can you tell, aku telah dipaksa untuk mengiktiraf dia…. copyrights kata nyer….watever lah sayang, bukan i untung apa pun…

batutakburuk2

Pantai batu buruk ni panjang and sepanjang2 tu jugak lah ramai orang…

batutakburuk7

batutakburuk8

macam2 ada, kuda pun banyak. Tak pasti lah kuda padi ke, anak kuda ke, kuda besar, yang pasti kuda banyak and kuda kontot is kiut…

batutakburuk5

Tengah slow2 drive tu, en. laki excited tunjuk kat satu brother tu, jual sate ikan kata nya. Dia pun bercerita lah yang benda tu is his favourite food masa dia kanak2 ribena dulu, sanggup kumpul duit untuk membeli nya dan merasa kecewa kalau pakcik yang jual tu tak datang… bersungguh cerita ni.. aku pun teruja juga untuk mencuba sebab pelik and tak pernah jumpa kan dan juga aku memang suka makan… plain and simple..

batutakburuk3

Nampak brother tu, control macho sambil bakar satay ikan? Akak buyong tu saja ter enterprem, kami beli sampai RM10, tamak kan? Sate ni kecik2 jek, mana cukup beli sikit, nanti berebut dengan en. laki, dah lah favourite food kata nya.

batutakburuk4

Sate ikan ni makan dengan sos buatan sendiri. Kalau tengok rupa sos ni memang nampak tak menyelera kan. Nampak macam cair jek, melekit2 tapi percaya lah bila dah makan dengan sate ikan ni…. heaven i tell you.  Dia ada 2 sos, sos manis dengan sos pedas, i prefer the sos pedas sebab dah manis pun, kalau sos manis ntah macam mana lah pulak manis nye…

batutakburuk6

In the end, aku yang TERpaksa melantak habis sate ikan ni… member dah terbaring sakit puyut…sian…..   :p  ( hihihi sambil menjilat jari……)

2 Responses »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>