Keema takpe jangan kimak…

Keema takpe jangan kimak…
capatikeemaku

Gambar amek guna instagram… kamera phone cikai memang macam ni gambar tersangat santek …..

Hambek ko, berturut-turut mokcik buat posting capati, ko mampu..? Aku pun confuse jawa patut makan tempe, ini asyik nak  melantak capati….  😛  Ini buat last january… tepung atta banyak lagi, bedal lah buat capati… sebab masa tu aku ada banyak masa capati ni aku padokkan dengan lamb keema… ini version jabai ok, jangan nak meroyan kat sini cakap tak ori ke tak sedap… yang penting tekak aku rasa sedap… resepi pun dah ala-ala hilang dari ingatan…so, let’s catit…

Bahan-bahan :

  • 300 gm kambing kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bwg putih
  • 2 cm halia
  • 1tbsp serbuk cili
  • 1tbsp serbuk ketumbar
  • 1 1/2 tbsp serbuk jintan (cumin)
  • 2 biji kentang
  • 1 batang karot
  • 1 cawan kacang peas beku
  • air secukup nya

Cara masak :

  1. segala mak nenek bawang dan halia – kisar. Lepas tu tumis
  2. bila dah agak wangi, masukkan kambing, goreng sampai tukar kaler
  3. masukkan rempah2 serbuk, kacau dan gaul sampai sebati mesra gitu
  4. masukkan kentang dan karot yang di potong dadu, tuang sedikit air untuk mengempuk kan kentang
  5. bila cuba try test kentang macam dah lembut, masukkan kacang peas, aku juga letak dalam 1tsp susu pekat kedalam masakan… jangan banyak, bukan ko nak bancuh air teh… trick ni diajar oleh kawan aku yang mana laki dia, orang penang yang ajor…(lama dah ni, dekat 20 tahun lepas) walaupun dengar macam tak masuk akal..bila dah cuba macam sedap gitooo…
  6. Perisa kan lah dengan garam dan ajinomoto… aku tak de makna nak hipokrit ckp tak makan pak aji ni… memang aku letak tapi secoit jek… …..dah siap dan boleh dimakan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>