Kari Ayam Kerisik – Julie’s original nih…. :P

Kari Ayam Kerisik – Julie’s original nih…. :P

Fine… instead of tulis bullshit and menggambarkan diri sendiri as an idiot…. aku share jek lah gambar lunch aku yang ntah hari apa agaknya… gigih tul..masak kari…

Dulu aku tak tau pun karipule tu ialah lauk kari…. lepas berpacaran dengan seorang badigol ¬†yg berasal dari Perlis (which is bukan my husband ek)… baru aku tau…. itu pun kalau badigol tu tak kelentong aku lah…. Btw, tak de relevance antara negeri Perlis dengan perkataan karipule… Anyway, bawah ni aku sertakan sekali resepi karipule ni…. korang tak nak tu korang nye pasal lah… aku yang nak… nanti lupa..bukan boleh harap sangat kadang kepala ni, sebab suka sangat improvise.. lupa apa bahan aku letak….

Bahan-bahan untuk Kari Ayam Kerisik

  • 2 ketul ayam bahagian peha (thigh) potong 3
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1-2 cm halia
  • 2 biji buah keras
  • 1 1/2 tbsp rempah kari daging faiza
  • 1 tbsp serbuk ketumbar
  • 1/2 tbsp serbuk jintan (cumin – lupa plak jintan kasar)
  • 1/2 tbsp serbuk cili
  • 1/2 peket kerisik
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • 1 cawan susu segar
  • kentang, karot, kacang panjang & tomato

Cara masak :

  1. Kisar bawang merah, putih, halia, buah keras, tumis dalam minyak panas
  2. Sementera itu, serbuk kari, serbuk cili, ketumbar dan jintan, dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Bila bahan tumisan sudah keperangan, campurkan pes tadi dan tumis lagi sehingga garing
  3. Masukkan ayam gaul rata, letak air sehingga menutupi ayam, masukkan sekali kentang, karot, air asam jawa dan kerisik dan tunggu sehingga kentang empuk
  4. Bila kentang empuk, masukkan susu, kacang panjang dan tomato, tunggu sehingga mendidih sekali lagi dan kacang masak. Jangan lupa perisa kan dengan garam dan perasa jika guna kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>