Kalau SENGKEK jangan makan kat sini

Kalau SENGKEK jangan makan kat sini

Hari ni aku nak bagi promotion free kat kedai ni. Dulu aku saje2 tulis pengalaman makan kat  kedai dilaman rumah orang  ni. Masakan memang sedap, pelanggan pun ramai tapi BERDASARKAN PENGALAMAN PERTAMA KALI aku makan kat situ, harga dengan portion tak sesuai. Ie Portion kecik, harga mahal….. PADA AKU LAH…. maklumlah aku cuma kerja makan gaji je, bukan meniaga western food, marhain, tak pernah makan kat tempat mahal, apa lah aku tau…..Agaknya memang common practice la, kalau customer datang, tunggu dekat 1/2 jam, order chic chop tak sampai2 tapi orang lain datang duduk tak sampai 10 minit dah dapat lamb chop. Rupanya kawan dia, dah call dulu. Mana aku tau, kena buat macam tu kalau nak dilayan dengan cepat. Sorry my mistake. Aku rasa salah aku juga lah meluahkan perasaan kat blog sebab tak puas hati kan, ye lah, mengadu domba tak puas hati bila kita sebagai pelanggan dilayan macam nak tak nak kan…. Patut aku just simpan dan cakap dalam hati, KALI PERTAMA DAN TERAKHIR LAH KO RASA DUIT AKU. My mistake….

Jadi beberapa hari sudah, ada orang sudah comment, hentam sama aku, cakap aku ni “menjatuhkan sesama melayu”. Punca nya, aku cakap JAAFAR STEAK HOUSE punya harga agak mahal. Dia sound aku, kalau sengkek jangan makan kat  JAAFAR STEAK HOUSE, so ini aku nak nasihatkan korang lah yang mana tergoogle blog ni sebab nak cari info pasal Jaafar Steak House, TOLONG PASTIKAN ANDA BUKAN SENGKEK UNTUK MAKAN DISANA. Jangan lah jadi macam aku, dah lah sengkek, lepas tu konplen masuk dalam blog pulak.

Masakan dia sedap, mungkin sekarang portion pun berpatutan dengan harga, service dah improve, pergi lah makan kat JAAFAR STEAK HOUSE, kesian dia….. Lupa nak story, JAAFAR STEAK HOUSE ni kat Larkin, dekat dengan MUTIARA MOTORS, deret rumah2 kediaman, depan dia padang permainan kanak2 berhadapan dengan perpustakaan sultan ismail…. Pergilah… 😀

4 Responses »

  1. hari tu makan kat sana dengan pakcik. dia cakap sedap. tapi order fish n chips, ikannya liat nauzubillah. food cepat sampai tapi rasanya agak mahal RM13 for fish n chips yang liat and tak sedap mana pun.

    kalau kita komplen tak bermakna nak jatuhkan orang melayu. takkan lah tengok orang melayu buat salah kita nak diam je. mestilah nak kena komplen so that they all improve.

  2. Ooohh i dah tak de chan nak rasa fish & chip dia tapi chicken chop dan nasi goreng tu, memang i puji, 1st class… cuma servis, portion dan harga tak berpatutan…

    betul cakap saudara/saudari, kita harus belajar dari kesilapan agar lebih berdaya saing dengan peniaga2 lain, barulah bangsa melayu boleh maju. …(hihi ayat skema..) 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>