Joomm Makannnn – Kai Xuan Restoran

Joomm Makannnn – Kai Xuan Restoran

Jeng, jeng, jeng…… aku dah lama teringin nak makan Peking Duck. Dulu masa keja kat hotel ni, mengences air liur aku tgk orang makan Peking Duck tapi masa tu mana cukup duit nak makan kan…? Lagipun mana boleh makan kat situ and i don’t know where else to find halal Peking Duck. Selama aku hidup – 38 tahun, ini lah kali pertama aku makan itik….. heeee… jakun sangat kan gue… tapi yang penting aku tak de lah terjerit2 macam mamat yang aku tengok masa kat tioman hari tu… nampak sangat baru keluar dari bawah tempurung, jerit2 sambil mandi; eehhh… air dia jernih laaaahhhh!, eehhhh ada ikannn laahhhh! ada ikan pariii!!! pastu klebash, klebush, klepek-klepek dalam air macam kerbau nak beranak…. buat malu orang melayu je, mat salleh2 yang datang tu tengok… rilek aarr bro, tau lah cantik tapi tak yah la jerit2… eerr….i digress…. ok, ini adalah antara dishes yang aku order..

Tadaa…. inilah rupa peking duck yang dah dibogelkan dan dipakaikan cawat…. masa dia carve itik tu, aku tak amek gambor sebab malu… nampak no jakun…. so bila dah hidang ni, amek la sebab waiter dia dah blah…. hihi. Sangat sedappppp!!!! We loike, aku dan geng2 mamam (amma and appa la..) adalah kegembiraan ok…? Peking Duck tengah promosi, harga seekor adalah RM60 and you will get 2 dishes out of 1 duck. Kulit dia yang dimakan dengan lempeng, macam kat atas tu and isi dia yang akan dimasak mengikut pilihan korang…gambar tak amek sebab sudah kebotongan (kenyang giler), lupa plak…┬áKalau tengok dalam gambor, amma and appa eksyen, posing pakai sudu garfu, tetapi percayalah kejap jek, makan menggunakan tangan lagi senang… ­čśŤ

Ikan kerapu steam with asam pedas sos, errmmm…. camne nak cakap ek? Tak berapa mendatangkan keghairahan….. sebab sos tu pekat, i thought ada kuah cair… tapi ikan sedap, fresh… Ikan ni lah yang paling mahal malam tu, harga dia RM84+, terjojol biji mata aku tengok bil….. hihi

Ini ialah steam brocolli dengan enoki mushroom. Rega dia aku tak ingat, rasa nya dalam RM10-15 lah… Kalau tak betul, jangan nak hentam gue ek… Brocolli gemok and sedap tapi my appa tak makan sebab tade gigi…hihi Aku terlupa plak masa order..

Ini ialah mixed seafood and egg tofu claypot. Favourite appa sebab egg tofu kan lembut, so senang dia nak mamam… Ini pun sedap, isi dia ada ikan, udang, sotong dan macam-macam sayuran…. Harga less than RM20, sangat berbaloi2….

Malam tu total makan ialah RM213+, which is lebih murah dari masa makan kat No. 6 kat Senibong tu. Boleh? Makan kat hotel ada bintang-bintang, lebih murah, lebih sedap, dari makan kat kedai makan kat dalam kampung. Ada aircon, waiter servis bagus, you tell me, which would you choose?

More info on the outlets in the hotel —–> here.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>