Jom Melaka…

Jom Melaka…

Semua post aku back dated kan, update ikut suka hati mak nenek tongkat aku kan…so kena back dated, jadi kalendar aku kat tepi tu, cantik je… Tak de rongak-rongak.. hehe..

Pergi jalan-jalan Melaka, finally! Setelah hampir seminggu aku melantong kat rumah, baru lah ada orang bawak makan angin… or in this case makan kuih, nasi lemak, and sop kambing..muahahah.. kuih dan nasi lemak makan kat kedai tapi tak dan nak amek gambor sebab pak sedara aku adooo… malu aku nak buat perangai amek gambor makanan bagai… lepas tu pi melepak kat rumah pak sedara aku, dinner, dia masak sop kambing weeiiii, sedap! Semua lauk dia masak, untung binik dia…. hehe πŸ˜€

Btw, gambar-gambar ni, Β laki aku yang tercinta amek… aku tak koser buat keja giler amek gambor kat dapor rumah orang…ku serah kan tugas itu pada dia… πŸ˜›

Daging peha kambing korban, sedap wooo… en. laki makan tambah-tambah…. aku jek kontrol ayu, ye lah, makan banyak kang buat perangai plak, nak memerut… bontot aku ni bukan gi sekolah, kang buatnye dia nak membobos kat tengah highway tak ke naya? Siapa yang susah? Laki aku gak, kena cium bau-bauan gas asli yang bini dia produce… hahahahah… Seriously….aku tak suka nak berak kat tandas highway ok, even if bersih, menyeramkan dol!

Kasi close-up sikit. Kang korang tak nampak kejelitaan sop pak sedara aku ni… memang sodap! (bodek ni, lain kali boleh buat lagi…. hihi)

Lawan lauk kacang panjang goreng sambal…sedap juga tapi aku tak suka sebab ada ikan bilis…. and dia tak goreng garing… sebijik stail nenek aku masak kat kampung….. pun aku kuis tepi ikan bilis tu… huhu, baru tadi bodek, ni dah komplen plak… dasar tak berterimakasih! πŸ˜›

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>