Jom Masak Jem Strawberry!

Jom Masak Jem Strawberry!

Beli strawberry ni kat Cameron Highlands. 2 pack RM15 ~ berat lebih kurang 500gms. Murah lah kan tapi bila makan….mak aii! mintak ampun masam! So, daripada strawberry tu tumbuh bulu, lebih baik aku buat jem… Gigih lah cari resipi nak buat jem tapi biasa lah aku kan… mana reti nak ikut rules and regulations, mesti nak taram ikut sedap kepala dan perasaan… hehe..

Jem Strawberry

  • 480gms buah strawberry (ni berat selepas buang mana yang dah tumbuh bulu..)
  • 370gms gula pasir (mula cuma letak 270gms tapi buah ni masam bangat deh..)
  • sedikit parutan kulit lemon
  • 1 tbsp lemon juice

Cara nya :

  1. Bersihkan buah strawberry anda, lepas cuci dan tos, masuk dalam periuk
  2. At this point, kalau orang lain, mereka akan mash buah stoberi tu guna potato masher tapi aku…. guna jari pun boleh (lepas tu jari crammed sebab buah tu banyak… padan muka aku), make sure korang tak completely destroy the buah stoberi, ada lagi bits yang masih boleh dikenal pasti…
  3. Masuk kan gula, gaul dan jerang atas api sampai masak….

Annoying kan bila orang cakap macam tu….. memang lah jerang sampai masak tapi berapa lama? Dari experience aku, sampai jem tu evaporate separuh tapi dari resipi yang aku tengok, diaorang suruh letak piring kecil dalam peti ais sebelum korang masak jem, lepas tu selepas, let’s say 30mins, titiskan sedikit jem tadi kat atas piring yg sejuk tu, simpan balik dalam beberapa minit, lepas tu keluarkan and tolak sikit dengan jari jem tadi. Kalau jem tu terangkat and membeku/mengeras dah masak lah jem korang…. tapi macam leceh kan? Nak titis lah, simpan kejap, check balik… so leceh, buang masa. Masak je sampai dia sejat hampir separuh atau tiga suku… Lagipun jem ni bukan ada pectin pun, so it won’t mengeras macam jem yang beli kat supermarket but trust me, rasa….adalah 5 bintang! Sampai mak saya boleh terkeluar ayat macam ni, bila dia makan, “Kenapa jem buat sendiri ni, sedap sangat ek, tak macam yang beli kat kedai…?” Muahahaha…percaya lah bontot saya yang sememangnya sedia kembang, semakin mengembang jadinya…. :P

Leave a Reply