Jom mamam – Paceri terung

Jom mamam – Paceri terung

Kadang-kadang kepala buntu bila pikir nak makan apa, nak masak apa kan… ? Masa ni aku teringin nak makan paceri terung..gigih la mencari resepi.. eleh..kacang jek masak paceri terung ni, macam masak kari kering jek lebih kurang kan..? Yeszaa… masak paceri terung je, goreng ayam dengan tempe… hambek ko, lauk semua kering-kering, nasib baik laki aku tak de, senang keroje.. orang jantan ni kadang-kadang lebih cerewet dari orang perempuan.. nak makan mesti nak berkuah, kadang-kadang dah penat masak, dia mintak apa yang kita tak masak… opps, bukan mintak tapi tanya… buat aku menyirap lebih jek…

Layan tekak sendiri senang, walau cerewet tak nyusah kan orang..sendiri buat… hehe…

Paceri Terung

Bahan2 :

  • 1 batang terung
  • 2-3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang, 2-3 biji buah pelaga
  • 2 tbsp serbuk kari
  • sedikit santan
  • segenggam ikan bilis/udang kering – tumbuk
  • 1/2 peket kecik kerisik
  • air sikit
Cara masak :
  1. Hiris bawang2 dan halia, ketepikan
  2. Terung potong dan goreng sehingga lembut
  3. Tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, kemudian bahan2 hiris
  4. Masukkan ikan bilis tumbuk, tumis hingga garing, masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata sehingga garing
  5. Masukkan air sedikit, kacau, masukkan terung tadi dan kerisik.. tambah air kalau terlalu pekat
  6. Perisa kan garam, dah siap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>