Jom aa jalan-jalan…..

Jom aa jalan-jalan…..

Jalan-jalan ke Desaru, Batu Layar dan Punggai… Dah nak balik baru teringat nak amek gambor.. haha, cerita biasa lah.. oh yes… jangan tak tau, desaru golden sands dah kena roboh bai…! Dah rata… terperanjat beruk mokcik tengok… in it’s place i think they’re building a big ass golf course and resort… from what i can read la… isshhh.. tak best nyer.. sudah tentu nanti tempat tu makin bertambah-tambah mahal.. dah tak de lah tempat untuk marhein2 macam aku ni nak melepak… apa lah nak jadi kat Johor ni, dah tak ada tempat rekreasi untuk penduduk, semua nye dah diswastakan… rakyat johor kalau nak berehat atau bersantai di tepi pantai kena keluar johor leee….. dah kat Johor semua nak cater untuk Singaporean, mahal gilerssss…. baik tukor je nama….

Huh! Buang masa konplen, nobody gives a damn anyway… Jom tengok gambar…

D’Punggai – tempat not bad, toilet sangat bersih. Aku nak sangat camping kat sini. Tunggu next year lah, rasa macam nak buat family day kat sini…

Mula-mula tak nampak mat hensem ni duduk kat tepi tong sampah…. comel gilerss! Tapi nak amek gambo dia terpaksa zoom dari jauh, takut dia lari, yang last tu aku dekat sikit kat dia, dah buat action nak cabut… 😛

Jalan dari D’Punggai nak ke Batu Layar banyak lombu berkeliaran, bau taik lombu pun kuat…. hihi. Comel kan lembu-lembu ni… macam sayang pulak kalau nak kena sembelih…. Nasib baik tak de kambing, kalau tak dengan kambing2 tu sekali aku paparazzi kan….

Pergi-balik naik highway Desaru-Senai… Sekejap jek dah sampai, lupa plak nak tengok tol berapa hengget… Ambek gambar time balik, dah nak mahgrib…cuaca pun tak berapa elok…. malap jek suasana…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>