Jantung Ku Lobam…

Jantung Ku Lobam…

Semalam aku masak jantung pisang masak lemak putih….. Jantung pisang tu dah lama aku beli…ada la dekat seminggu ke dua minggu..hehe Asyik terlupa, bila ingat, malas lah pulak… Ok, untuk sesiapa yang belum pernah tengok jantung pisang, rupa dia macam ni ha…. —>

jantungkulebam

Cantik pada pandangan mokcik.. sexy lagi bergetah…. Nak masak jantung pisang or any sayur-sayur kampung yang sexy bergetah sewaktu dengan nya, sayur itu hendak lah direbus dahulu ye, adik-adik…. Aku pun tak tau apa significant dia, cuma ikut logic aku, nak buang getah and empukkan – short cut la kira…. Anyway, aku masak lauk ni dah malam and banyak barang yang tak cukup, serai lupa nak amek, lada hitam tu bau macam fuki, aku pi gatal-gatal biji, kisar halba sekali, pastu lebur dalam periuk…. so end-up lauk aku ni tak sedap…. macam ada weird taste and smell…. tapi itu pun habes seperiuk aku bedal…. Aku lawan kan dengan ikan kaci goreng rempah…. tak buat pun sambal belacan ke hapa sebab MAALLAAASSSS!

lebammm

Nasib baik aku belum bukak kedai makan, kalau tak siap lah kastemer kena sembelih, makan jantung lebam yang tak sedap ni dengan harga yang melubangkan poket…. hehe…

Leave a Reply