Jalan-Jalan Cariii Passalll – Port Dickson

Jalan-Jalan Cariii Passalll – Port Dickson

Ini cerita basi… malas bebenor nak hupdate kan..? Masa awal bulan kelmarin kena pergi Melaka sebab ada family day… tapi family day macam hampeh jadi en. hubby dengan baik hati offer nak bawak aku pergi Port Dickson… Haaa.. first time nih pergi… selama 38 tahun hidup… en. hubby tanya banyak2 kali macam tak percaya.. nak jek aku taplerk kepala dia kan.. berapa kali aku ajak pi, dia tak moh..? Buat-buat tanya plak..? So anyway, pi lah port dickson kat blue lagoon sana… gambar tak dak sebab seperti biasa aku akan blur-blur sotong dan malas… tapi i loike very much! Nanti nak pergi lagi lah… nak ajak adik beradik mak bapak… berkelah kat sini…. macam best jek…

So on the way tu, seperti biasa kalau jalan dengan en.hubby perut memang sentiasa lapar sebab laki aku macam attilla the hun dera aku, tak kasi makan… (konon nak suruh aku kurus la…tuuii!) sekali ternampak satu gerai ni Cowboy Place, dekat dengan coco bay ke apa ntah hotel tu kot..? Pi lah singgah… kedai ni jual ayam panggang dengan nasi kukus… tengok ayam panggang tu macam best jek, so boleh lah.. perut pun memang keroncong kan..

Kitaorang ambik set nasi kukus – RM5.00. Ada nasi kukus, sup, sos kicap and 1/4 ayam panggang. Air dia cuma ada tiga pilihan which aku dah lupa sekarang tapi kitaorang pilih air tembikai. Jumlah bil makan ialah RM16. Air tembikai tu RM1.50 satu… Murahsss! Ayam panggang sekoq RM16, 1/2 ekor RM9 kalau tak salah aku la… Dia juga ada jual kepak ayam and mempedal… 1 batang lidi tu RM1. Sedap! sebab aku beli… Sos kicap kat atas tu nampak macam tak pedas tapi pedas wooo and ada kick! Aku tak tau lah masa aku datang je yang ada bau, masa lain tak de, aku rasa kalau korang datang makan sini lebih baik makan kat bahagian payung2 kat luar tu dari dalam kedai dia sebab dekat belah belakang sikit tu aku rasa tempat dia siang ayam and buang sisa ayam, adalah sangat busuk! Serius punye busuk, bau bangkai ok..? Kat situ macam potong stim sikit la..

Ni jek gambar2 yang ada for this trip….. lain tu gambar masa family day, tak leh nak expose, muka mokcik besaq dulang… malu.. hihi.. Ini pun terima kasih kepada en.hubby kerana rajin gak nak snap2 gambaq… tapi aku tak tau apa motip dia amek gambaq2 ni… ada lah dekat 8 snap.. aku rasa dia nak fokus kat pistol and kuda tu kot..? hahaha.. ntah apa2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>