I’m only human and I crash and I breakdown……

I’m only human and I crash and I breakdown……

Lately ni aku banyak copy paste postings on religion and spiritual healings from my FB wall kat dalam blog ni….sampai ada orang sound aku hipokrit (i know, i know…dah basi..) I can’t help it. Jiwa kacau lah…i need these words of wisdom to clam me down. It helps….of course i have that direct connection to god 5 times a day but these little things i believe is also from him to help me cope. So if sesiapa yang rasa macam bosan dan menyampah tu, please….no one invited you here, sila tutup browser, pi tengok gossip2 artis ok..? Tengok lah kejap lagi ke..aku uplod posting pasal makanan pulak…. hahahaha… itu je lah yg ada dalam kepala aku…kalau tak jiwa kacau, pikir pasal makanan… apa lagi..? 😛

“Both Jannah and Jahannam were made for sinners. Jahannam was made for the arrogant sinner, whereas Jannah was made for the repentant sinner.”

– Sh. Tawfique Chowdhury

Allah swt pemilik hatiku
Hanya pada Dia hati kan merasa tenang.. 
Luahkan segala dalam rintihan doa 
saban waktu jangan pernah jemu.. 
Kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui segala apa yang tidak engkau ketahui. 

Saat sabarmu makin tipis,
ketika itulah imanmu makin nipis,
sabar itu payah kerana itulah ganjarannya indah..
Maka bersabarlah…kerana Allah…

Senyumlah walau dirundung musibah….
ingatlah bahawa tiada Peneman yang setia selain Allah swt..

Andai kau masih tetap diuji lagi..???

Bersyukurlah sahabatku
kerana kau di antara
suara hamba-hamba
yang dirindui Ilahi.
Tak semua
insan merasai apa yang kau
sedang rasai.

Kau hamba yang terpilih !!
Rasa dicintai..
Dicintai oleh Yang Maha Kaya,
Yang Maha Agung dan Yang Maha Mengetahui
atas segala apa yang tidak dapat kau ketahui.
Alhamdulillah…
Ya Wahhab..
Berbahagialah wahai sahabatku..

Andai ini jalanNya,
Lapangkan jiwa terima segala,
Kerana jalan ini menuju bahagia,
Biar merasa derita di awalnya.

Sahabat,
Andai terus diuji usah lelah,
Kerana takdir dari Ilahi itu terlalu indah…
Senyum dan bersyukurlah…

Andai dikurnia bahagia bukan bererti selamanya.
Andai dikurnia duka bukan bererti berakhir segalanya.
Siap sedialah sahabat kerana hidup ini tidak
menjanjikan apa yang kau inginkan,
tetapi memberi apa yang kau perlukan.

Senyum dan bersyukurlah,
Kerana segalanya milik Allah

Ingatlah sahabat
Ujian itu satu tarbiah daripada Allah,
Semakin dekat bahtera diri padanya,
Semakin kuat taufan melanda….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>