Iftar menu 12 ~ 220810 ~ Roti Perata

Iftar menu 12 ~ 220810 ~ Roti Perata

Heheh… upload cerita basi sebab saya adalah selow seperti siput sedut….. Hari ahad haritu, aku mula2 senang hati sebab en. laki kata dia tak buka kat rumah, nak berbuka dengan geng2 dia… aku pun sambut dengan melaung yabedabedu! ~ dalam hati jek…. 😛 Tup-tup.. member tak jadi plak…. aiseh… aku masa tu dah siap menguli doh nak buat roti perata and laki aku yang tekak gedik tu tak suka makan plak… Leceh tul.. nasib baik memang dah standby nak masak ayam masak kicap… selamat gue! SO.. aku dah mengodek mak aku suruh call pak usu, mintak resipi roti perata… orang tua tu buat sedap noks.. so aku dapat lah resipi dia tapi mana ada sukatan…. kau agak-agak lahhhhh….. itu jawapan nya bila aku tanya… so aku juga telah secara kasar adapt/cilok resipi ini.

Roti perata aku :

  • 275 gm tepung gandum
  • 175 gm air
  • 1 tsp susu pekat
  • secubit garam
  • marjerin/butter secukup nya

Method :

  1. Gaul semua bahan di atas sehingga menjadi doh yang melekit
  2. Bulat2 kan doh dan salut setiap doh dengan marjerin secukup nya
  3. Perap doh selama 3-4 jam
  4. lepas 4 jam, ambil sebiji doh kecil dan tebor lah jadikan roti perata, kalau tak reti nak menebor, tarik2 je kasi nipis kemudian simpul ala-ala sanggul
  5. Bila nak goreng atas kuali leper2 kan sanggul tadi tu
  6. Goreng sampai kekuningan dan garing

TADAAA! Roti perata aku…not too oily sebab aku cuma guna butter masa goreng and a bit too crispy, sebab doh tu nipis sangat.  Just the way i like them… hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>