Iftar Day 9 – 290712 – Mee Rebus Tulang Simple

Iftar Day 9 – 290712 – Mee Rebus Tulang Simple

Salam u’olls… lama sudah tak update, tak masak atau tak sihat atau makan luar itu antara sebab tak update.. hehe 😛  Hari ni baru ada masa lapang sikit nak masak, mee rebus tulang. Hari tu ada letak gambor aje tapi tak letak resipi, hari ni aku letak la resipi sekali… senang je nak buat tapi berpeluh juga lah ketiak tadi, campuq panas, angin as in ‘hangin satu badan’ aku pun datang sekali…. Ye la berhempulas pulas masak sorang-sorang, big boss (konon nya) dok terbongkang tidor..macam lah dia sorang puasa, turun semua dah disediakan… pffft!!

Bahan-bahan :

  • Mee Kuning secukupnya
  • Telur rebus
  • Cili Hijau – hiris
  • Limau kasturi
  • Daun sup + bawang hiris
  • 1/2 kg daging – rebus dan hiris kecil
  • 1 liter air rebusan daging + air
  • 1-2 biji kentang (sebenarnya resipi asal guna keledek tapi i tak sempat beli) – rebus dan lecek sehingga halus
  • 2 tbsps taucho – bilas dan lenyek-lenyek kan
  • 4 biji bawang merah *
  • 2 biji bawang putih *
  • 1 cm halia *
  • 2 tbsps udang kering* – rendam sehingga kembang
  • 1 batang serai – titik
  • 2 cm lengkuas – titik
  • 1 tbsp serbuk kari daging faiza

Cara Masak :

  1. Kisar bahan-bahan bertanda *, panas kan periuk dan minyak dan tumis bahan2 kisar sehingga naik bau
  2. Masukkan serbuk kari, taucho yang dilenyek halus, serai dan lengkuas, kacau rata
  3. Bila bahan tumis sudah garing, masukkan daging hiris dan stok daging, masukkan sekali  kentang lecek, kacau rata.
  4. Renehkan selama 10-15 minit. Kalau nak pekat kan kuah, bancuh 1 tbsp tepung jagung dengan sedikit air dan campurkan kedalam kuah, masak sehingga pekat.
  5. Untuk buat tepung goreng – 3 tbsp tepung gandum, ambil 1-2 tbsp bahan kisar, gaul rata tambah sedikit air dan sedikit serbuk kunyit. Bancuhan sedikit cair dari bancuhan jemput-jemput. Goreng dalam minyak panas dengan menyendeng ke tepi kuali…

* Tak amek gambor tulang nye.. sebab tulang lembu – bapak ngkau besarnya – ‘bak kata kinchin dalam lawak ker der’ muahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>