Iftar day 9 – 07/07/2014 ~ Biarkan Luncai terjun dengan labu nya

Iftar day 9 – 07/07/2014 ~ Biarkan Luncai terjun dengan labu nya

Semalam i adalah letih, tertidur. Jaga pun dah pagi2 buta, sahur dan tidoq balik. Tak menyempat nak buat apa pun…. Petang sempat lah masak lemak labu dengan grilled chicken wing. Labu ni i beli RM3 je, siap dah potong, ada daun basil dan cili padi 3-4 biji… murohlazah kan? Sebab i beli kat tempat barang2 diskaun dol…. Itu lah jangan eksyen, elok je sayur tu i masak dan makan…bukti nya i am still alive and sihat walafiat today… hehe… Alhamdullillah…

Zass jom tengok gambar…

luncaidanlabu

Lemak luncaiterjundengan labunya…. sedap. Sendiri masak, mesti lah sendiri puji…

Lemak LabuLuncai

Bahan2 :

  • Labu (duh…)
  • 1 biji bawang merah sederhana besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi hijau
  • Sejemput ikan bilis
  • daun basil dalam 5 helai (pakai daun selasih pun boleh…lebih kurang bau)
  • santan

Kisar bahan no. 2 – 4, tumis letak kunyit 1/2 tsp sampai garing, letak air dalam 1 cawan, lebur kan labu, tunggu mendidih sampai labu empuk, masukkan santan dan daun basil, tunggu didih balik..dah siap! Senang kan?

grilled chicken wing

Grilled chicken wing paling senang… resepi i dapat dari kawan i kat FB. Memang berbaloi2 aku try…

Grilled Chicken Wing Versi Che Sharina

Bahan2 :

  • 4 pcs chicken wing (termasuk drumet dia)
  • 1 tsp whole blackpepper
  • 1 tsp coriander
  • 1 tsp cumin
  • 1 /2 cloves garlic
  • 1-2 cm ginger
  • 2-3 tbsps Life BBQ sauce

Cara masak senang je… kisar jek, lada hitam, ketumbar, jintan, bawang putih dan halia. Pastu perap ayam dengan bahan2 kisar dan BBQ sauce. Pastu bakar dalam oven…. 180c, 30 mins. Siap dah boleh balun sampai boncet…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>