Iftar Day 7 – 070811 ~ Stew Tulang Kambing

Iftar Day 7 – 070811 ~ Stew Tulang Kambing

Huarrgghhh…. ! Bosan nye hari ni….. Nak berbuka pun macam tak de mood, nak buat apa pun tak de mood…. boring…. cuaca pun macam mood aku jugak… muram jek, hujan… Petang masak stew tulang kambing, ikut resepi bone steak singapore yang kuah merah itu….

Malas betul lah nak tulis resepi tapi tulis gak lah, mana tau ada orang nak cuba… original resepi dari myresepi.. link tak ingat dan tak dan nak pi cari sebab line internet tengah slow macam siput kena UTI…. btw, aku bengkek betul bila owner2 blog masak2 yang marah sangat kalau kita tak letak link dia ke apa… what’s the purpose dia share in the 1st place? Mau nama ka..? Banyak tau dapat pahala, share resepi, tak payah lah nak merentan just because orang tak letak link balik besar kaw2… dah cukup baik kalau orang tu tak plagiarise kan..? haha… kutuk orang kunon… kalau kena batang hidung sendiri ..? HAH! BUANG MASA, AKU DAH SELALU KENA DENGAN SO CALLED KAWAN2… wahhhh.. emo sekejaps..

  • tulang kambing dalam 1 kg
  • 1 genggam cili kering kisar dengan  2biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih
  • 1 tin tomato buah
  • 1 sup bunjut adabi
  • gula
  • garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp tepung bancuh dengan 2 tbsp air

Rebus tulang kambing dengan sub bunjut adabi selama 2 jam, tumis bahan-bahan kisar, bila dah garing, masukkan tomato buah, tuang air rebusan dan tulang kambing tadi, biar mereneh sehingga 1 jam, pekat kan kuah dengan bancuhan tepung, and last sekali masukkan telur yang sudah dikocok dan kacau-kacau hingga rata… boleh makan dengan nasi, roti atau macam tu aja….  😀

Rupa aku bila dah overdose makan…

6 Responses »

  1. hehe.. actually tak de lah sedap sangat….. tak pass lagi saghah ooii….
    nanti raya datang lah rumah ek… calling2 dulu tau, boleh i masak apa2 untuk u… kalau tak makan kuih raya jek laa…. hihi 😛

  2. sis.. u ari2 masak yer for buka? salute giler lah!!! yg dasat2 lak tu.. bknnya yg simple2. hehe raya yer? opkos.. kompem mesti call before g beraya ur house. hahahah *gelak evil nk mkn sedap!

  3. jangan salah sangka sarah, kalau i tak masak, nak makan apa…? kalau pergi bazar ramadan nanti yang pasti pahala puasa pasti akan semakin kurang kerana akan sumpah seranah sebab jem sana sini kan..? tapi tu lah…. tak tau sampai bila akan bertahan untuk tidak pergi ke bazar ramadan…. heeeee dah mula letih tau masak hari2….

  4. hehe jem mmg jem.. tp ptg td gatal jugak redah jem semata2 nk g bazar tmn suria. ok la.. x brp mengecewakan nk banding bazar bbu dpn masjid. bazar bbu seblh wisma sbbu pon kira ok la. bazar perling byk gerai so ok jugak la. bazar kipmart fail giler thn ni. tinggal nk try g bazar kg melayu dgn skudai kiri je. hehheeh

  5. hohh! gigih pergi bazar ramadan… bagus jugak u bagitau i, so nanti bila dah start letih nak masak, i know where to head….. heheheh….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>