Iftar day 5 – 150810 ~ Popia Basah

Iftar day 5 – 150810 ~ Popia Basah

Still tak pose tapi nafsu nak berbuka macam puasa sebulan…Hari ni buka, aku masak laksa asam (peberet laki aku) and popia basah(peberet aku). Kira adil lah kan? Lama wooo mengidam nak makan popia basah. Bukan tak boleh nak beli tapiii…. paham je lah, kalau beli tu memang tak kena dengan tekak aku. Aku suka yang macam orang cina nye popia basah, kecur siut air liur bila tengok tapi tu lah… macam mana nak beli, kan tak halal. Kalau orang melayu jual aku tengok taugeh je dekat seguni dia letak, dah la tak buang ekor…. tak koser ok? Lagi satu aku tak suka sos tu dia selet kat atas popia basah tu, i DON’T LIKE! Boleh mendatang kan sawan pada aku tau…

So beberapa bulan sebelum ni, aku dah gigih la mencari dan ┬ámengkaji resipi dan cara2 nak buat kulit popia basah ni…. nak kata susah, tak susah sangat, nak kata senang, SUSAH siut! Petang tadi, sebab aku dah tanam kan dalam kepala otak aku yang aku nak makan jugak! (dan juga tercabar sebab mak aku ketawa kan aku ok? cakap aku tak boleh buat) Aku gigih kan diri buat. Dulu aku pernah cuba resipi yang menggunakan cuka, iieeeee…. tak suka! Masam ok, kulit tu… Membazir je tepung aku. So, kali ni aku buat adapt, dari resepi ini. Aku buat pakai 2 cawan tepung gandum, secubit garam, air secukup nye. Konsistensi tepung macam nak buat jemput2, tambah lagi air sikit. Yang penting, ini aku dari pengamatan aku lah, CARA kau sediakan tepung tu. Dalam BANYAKKKKK web site yang aku pergi, tak de pun ajar or beritahu yang kita kena belasah doh tu cukup2 (except yg kat atas tu). Ini step yang crucial untuk buat doh tu elastic. Lepas kau gaul tepung dengan air kau kena ramas2 dan hempas2 doh tu dalam 5-10 minit. Lepas tu perap doh selama 3-4 jam. Lepas tu hempas2, smackdown kan lagi doh tu sampai akhir nya kau akan dapat doh yang elastic macam getah. Masak atas kuali non-stick atas api yang sekecik dapur kau boleh pergi la… Dalam website yg aku pergi pun diaorang kata, tak panas lah kuali tu, masa kau lengser kan tepung tu… ITU SEMUA BULLSHIT! Kuali is panas ok..! tapi kau nak makan popia kaannnn? Tahan je lah… Ini hasil kerja keras aku smackdown dengan tepung. AKU ~ 1 , Tepung ~ jadi popia basah masuk dalam tekak aku… Muahahha!

Amacam? Not bad eh? Inti aku guna sengkuang, karot, udang, masak guna bawang putih tumbuk, sos tiram, garam, kicap cair sikit. Nak assemble plak aku letak sambal, telur rebus lecek, timun potong halus, kacang tumbuk. Nyuummm! Sgt sedap!

Lupa plak, sambal buat macam nak buat sambal tumis tapi aku tak letak belacan. Letak kurma kisar, sos tomato, garam and gula. Mantop rasa dia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>