Iftar Day 4 – 140810 ~ Potato salad

Iftar Day 4 – 140810 ~ Potato salad

Heheh… menu gigih nak berbuka puasa walaupun aku tak pose…(muka toye) Aku masak ayam panggang, potato salad, gravy mushroom blackpepper and nasi butter. Pfuhh! Nak type pun semput apalagi masa nak masak, walaupun aku tak pose, aku tak de lah lupa diri siap makan lunch berhidang kan… so, adalah penat dan lapar dan juga sakit perut… Gambar yang sempat aku ambik cuma potato salad, yg lain tu tak sempat sebab aku dah lepak and malash…

Presenting potato salad ….

Nak buat salat kentang? Senang ja :

  1. Rebus kentang dan telur dalam 4 biji each
  2. Bila kentang dah masak (ie. bila kau cucuk body dia dengan garpu ke pisau masuk senang ja, kira dah masak ler tu) kupas kulit and potong dadu sebesar mana kau nak (prefereably besar ibu jari tangan, jari kaki pun boleh, kalau mulut besaq tempayan)
  3. Kupas kulit telur and potong dadu juga (size lebey kurang macam kentang tadi ye..)
  4. 1 biji bawang merah (bawang besar boleh , shallots pun boleh) potong dadu halus, lepas tu basuh. Tujuannya untuk mengurang kan bau nya yang power. So, tak de lah napas kau berbau naga lepas makan, nak projek pun senang…. (motip ?)
  5. Daun bawang sepokok halus, mayang halus
  6. Humban semua benda dalam mangkuk, campur dalam 1/2 cup mayonaise (aku pakai mayo jepun, kwepie tu), tambah lah garam dan pepper sesedap rasa. Gaul lepas tu ngap! Ada orang tambah cuka or lemon juice, kasi lagi masam tapi aku tak suka, cukup lah masam kewpie tu….

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>