Iftar Day 21 & then some….

Iftar Day 21 & then some….

Salam yuholls!… Huiyoooh!! Lama giler tak update blog… malas dan most of the time tak sempat…. bulan puasa ni macam-macam benda nak buat…especially tido… 😛

Kat bawah ni i nak tayang gambar iftar yang sudah-sudah…. selalu cuma tayang kat FB sebab malas nak update blog tapi sebab semalam my maman sudah sound ; “kau ni tak sudah-sudah ambik gambar tapi blog tak update pun..?” wahh.. tercabar mokcik..  hambeeekkkk!!

Iftar menu day 21 – Nasi Lemak with Sotong Goreng Kunyit… amek gambar banyak yang blur-blur… mungkin sebab puasa, tak larat pegang kamera…… (tipu… malas and nak cepat sebenornya) Daun Pisang tu courtesy of my daddy yang bermurah hati melayan kehendak anak perempuan nya nan sorang ni… hihi  Nasi lemak ini mendapat kelulusan cap mohor mak minah laser – dia cakap sedap.. so maknanya aku bukan syok sendiri bila aku cakap.. SEDAP!!

Iftar day 20 – Makaroni goreng… Makaroni aku campur-campur kan size, besar dgn halusss sebab…? Sebab aku punya suka lah… hehe sebenarnya sebab aku tak boleh decide masa beli tu, nak yang besar or kecik and also i think it would have an interesting texture to mix the two sizes. Aku sangat suka makaroni goreng, hari tu ada jiran bagi and i was excited tapi bila makan —- kuciwa sebab rasa bawang putih overpowering… yang aku masak ni mesti diaorang complain pedas… hehehe.. terlebih blackpepper…

Iftar day 19 – Beehoon Goreng putih…. pun sangat sedap…makan dengan lada jeruk instant. Beehoon ni tak sempat aku nak mengulang dah habiss…. chiss!! Kalau korang perasan bulan puasa kali ni, aku memang tak larat betul nak berbuka makan nasi… paling kerap ialah beehoon yang akan dipelbagai masak kan… hehe apa punya ayat daa…

Iftar day 18 – MeeSiam Kuah… one of my favourites…. nyum, nyum!! Ini pun sedappp…. kali ni aku masak tak rushing sangat so rasa adalah sedap… hari tu aku masak kelam kabut, rasa pun tak berapa nak sedap… but kali ni… sedap sehingga periuk licin aku kerja kan… hirup kuah nya aja.. boleh..?

Iftar hari ahad lepas – tak terkira hari ke berapa…. masak laksa johor atas permintaan mak minah dan adik ipar…. disebabkan angin aku baik, aku turutkan permintaan diaorang ni… angin pasang aku datang, haram aku nak layan… hehe.. tak pe kerja senang sebab ikan aku dah rebus dan asing tulang siap-siap malam sebelum nya and ulam2 tu separuh si adik ipar tolong hiris dan not forgetting bantuan mak minah saya…. ni kalau tak cakap dia tolong, penat nak dengar laser dia… hehe

Ok itu saje lah gambar iftar aku… ek eleh.. macam lah banyak sangat khennn? Nak buat macam mana cuma lately ni je mojo nak masak baru kembali… sebelum ni perasaan malas nak mampus bila pikir pasal masak, so cuma beli di PARAM atau berserah kepada takdir and eat whatever my mom prepared…. Kuang ajaq kan… macam lah terseksa sangat makan my mom’s cooking …. hehehehehehehe..(siap nanti dia sound aku – ‘ko tu besar makan masakan aku’ dah boleh baca dah skrip dia….) 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>