Iftar day 21 – 210811 ~ Lontong Kering

Iftar day 21 – 210811 ~ Lontong Kering

Salam uolls! Hari ni akak gigih masak lontong kering… sebab apa..? Sebab bila akak google cari resepi lontong kering, blog akak naik dulu uoollsss! Akak sangat girang okey… Walaupun post akak itu hazab sebenornya… So hari ini akak gigih sekali lagi, buat lontong kering…sementara en. hubby outstation, ni lah masa untuk aku masak benda yang dia tak suka… so aku tak ler kempunan kennn? Ada ke kempunan..? Semua benda bedall… haha.. Sebenarnya, aku tak berapa suka lontong kering, kurang stone pada aku… nikmat sebenar terletak pada kuah lodeh yang dah bercampur dengan sambal kacang, serunding, rendang… wooott! orgasma berganda, i tell u…. but alas… kali ni tak de orgasma berganda…. tapi makan still berganda2… muhahahaha..

Ok lah.. kali ni aku nak riak sikit.. sebab masak kali ni lauk semua menjadi kan… so mau share sini, untuk reference aku lebih, share dgn korang kalau sudi… kalau tak sudi, diam2 tekan x kat korner atas tu… buhbye!

Ayam rendang

  • 7 potongan sederhana daging ayam
  • 1 genggam cili kering, 2 biji bawang besar (size M), 2 ulas bwg putih, 1-2 cm halia, 1-2 cm lengkuas, 2 btg serai, 1 tbsp ketumbar biji, 1/2 tbsp jintan halus, 1/2 tbsp jintan kasar – kisar halus
  • 1 pkt rempah kurma adabi + 1/2 pkt rempah rendang faiza
  • 2 pkt kerisik yg harga 80sen tu
  • 100 ml santan kara – pakai santan fresh lagi sedap tapi aku malas mau pergi beli
  • air secukup rasa
  • 2 tbsps kicap pekat
  • 1 keping asam keping
  • daun limau purut
  • garam & gula melaka sikit

Method : Lebur je semua benda dalam periuk dan masak dalam 1-2 jam sehingga pekat dan warna kuah gelap sedikit.. atau kalau rajin (macam aku… hihi) tumis dulu bahan2 kisar, and masuk kan satu2 bahan… apa cara pun.. hasil nye sama.. sedap!

Eleh.. share masak rendang jek lah… penat aku nak taip semua… lontoing kering ni walaupun tak mendatangkan orgasma berganda, penyediaan dia leceh! Banyak nor lauk nak prepare… Aku buat yang paling simple, ayam rendang, sambal kacang, sambal goreng and serunding… Gigih kan..? Buat sorang diri plak tu… lotih! Tapi puas hati bila mem and tuan besar suka makan… well… i tak tau lah diaorg suka ke tak tapi tak de komplen, aku senang hati lah…. hihi 😀 Kalau tuan besar yg lagi sorang tu, aaaa dia memang banyak komplen… sedap ke tak sedap ke, dia suka ke dia tak suka ke, mesti ada yang dia akan komplen…. best kan..? Dapat boss kat tempat kerja, macam tu, dapat partner pun macam tu… and some of you wonder, why i can be such a biatch … hehehehe opsss! terlebih suda.. DAN… disebab kan aku dah letih masak ni, tak de dessert untuk kitarorg..merasa makan healthy food, buah2an sajork… Aku rasa lega dah siap buat bisekut raya… tinggal nak buat kek jek, that will have to wait until last minit le.. Korang dah buat kuih raya kewww..?

One Response »

  1. Nice recipie of one of my favourite dishes. That drumstick looks hot! I have a place to recommend. Its Warong Saga in Johor Bahru. I tried their lontong kering and love it. The environment at the warong is also unique and very cosy too.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>