Iftar day 20 – 200811 ~ Nasi Lemak Sambal telur puyuh & Bubur Cacaca!

Iftar day 20 – 200811 ~ Nasi Lemak Sambal telur puyuh & Bubur Cacaca!

Nasi lemak biasa sajork… buat sambal telur puyuh, goreng ayam, pastu buat bubur caca… Senang koje hari ni… masak pun lambat, sebab malas terlebih.. cuaca mendung membuat kan jiwa pun merudum muram… nak buat taik mata je keje… heepp!! dah basuh baju, pergi beli bahan2 nak buat kuih raya segala tau… letih nak mati, keluar tadi… orang punya la ramai kat kedai baking tu… mengalahkan shopping kat angsana… berlaga2 montot, makcik nak cari bahan buat kuih… last2 capai apa yang dapat, kalau ada tertinggal, beli besok2 la.. kat tempat lain pulak… tak koser laga2 montot… dah la bumper i extravaganza… 😛

Nasi lemak aku letak bawang merah, halia, santan, garam (jgn lupa) dan daun pandan, itu style mak aku ajar. Ada orang tambah halba, memang wangi tapi mengantuk pulak bila makan… lagipun orang kat rumah aku ni tak soker, so tak yah letak.. Ada orang tak letak tu semua, just letak santan sesaja… orang tu gerenti mmg air tangan dia sedap la, sebab aku pernah buat macam tu, tak berapa menepati piawaian tekak sendiri nak mentekedarah…

Sambal tumis try buat camni pulak, cili kering, bawang merah dan belacan saje – dikisar. Aku tambah cili padi 3 biji, kasi up sikit pedas.. Rasa ok lah… sedap jugak. Ayam tu pulak marinate dengan kicap cair, maggi seasoning, sos tiram, serbuk lada, bawang putih tumbuk, kicap pekat. Pastu goreng… sedap jugak kat tekak aku, tekak korang tak tau la…

Bubur caca, senang ja buat. Rebus tepung yang warna warni tu sampai kembang. Buang air rebusan tu tadi, tambah santan kotak 200ml, air 200-300 ml, gula 4 tbsp, garam secoet, letak daun pandan, masak sampai mendidih.. siap! Senduk kena lah macam aku punya ek, ada kesan terbakar dan berdano, baru sedap…. huahuahua… 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>