Iftar day 19 – 190811~ Ayam Paprik & Tom Yam Kaki Ayam

Iftar day 19 – 190811~ Ayam Paprik & Tom Yam Kaki Ayam

Ko ado? Non ado!! Tom yam kaki ayam,hati dan mempedal sekali, aku balun masak tom yam…. Jarang jumpa jack…. Rasa nya aku je kot yang biol buat combination macam tu… hahaha… lantak lah.. dah selamat pun kena bedal!

Ini mak aku punya hidangan, dia chup kaki ayam… segala tumbuhan dia tapis da… dah nampak macam sup kaki ayam plak… tapi bukan wokey…

Dia beri hati kat aku…. huh! dap, dap! Aku masak tom yam ikut resepi yang diintai sana sini dan kreativiti tekak sendiri… Masak tom yam putih sebab tak berapa gemar yang kaler merah tu… lagipun lagi senang nak masak yang putih ni… Bawang besar hiris, bawang putih ketuk, serai ketuk, halia ketuk, akar pokok ketumbar ketuk, cili padi ketuk, pendek kata semua ko ketuk lah kecuali bawang besar dgn daun limau tu je… letak air, sos ikan, jus limau nipis, ayam ke daging ke seafood ke.. tunggu masak.. siap!

Ayam masak paprik, resepi si jari gemuk… sedap la.. senang je, rupa nya masak paprik ni… ayam potong kecik2, rebus air rap-rap sampai masak, lada kering, bawang merah, bawang putih, halia dan serai – kisar, tumis sampai garing, masukkan ayam dgn air rebusan sekali, kacau rata, masukkan kicap sesedap rasa, sos tiram, daun limau, sayur-sayuran ie. kacang panjang, karot, jagung muda, masak sampai mendidih, pekat kan dengan bancuhan tepung jagung…. siap!

TAPI aku bengkek jek sebab laki aku cakap tak sedap! dia tak suka bau-bau daun tu kan, tu lah pasal dia cakap tak sedap…. sentaps ok, penat masak, dia cakap tak sedap plak… aku rasa sedap jek… huh! Nasib baik dia makan sampai habis licin.. hehe 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>