Iftar day 14 – 140811 ~ Sup Lidah style mamak & Apam Terbalik…

Iftar day 14 – 140811 ~ Sup Lidah style mamak & Apam Terbalik…

Weewwwiittt…..! Aku sudah berjaya masak sup style mamak… success! Sangat suker ok, so sekarang kalau ngidam nak makan, tak yah ler pergi beli kat mamak yang kadang kala tahap kebersihan diragui itu….. hihi… Gigih pergi pasar beli lidah kambing semalam, mahal gak sekilo RM20, bukan banyak mana pun…

Gambar sup lidah tak berapa menarik sebab aku bukan reti sangat pakai kamera canggih, tibai jek la labu… tak letak daun sup sebab lupa beli dan hari ni malas nak keluar…. tapi percayalah…. rasa adalah mantop!

  • 1 kg Lidah/tulang/daging kambing/lembu
  • 2 biji bawang besar (yg sederhana, kalau besar 1 biji je la), 2 ulas bawang putih, 1-2 cm halia, cili padi segenggam – kisar halus
  • 1 pkt kecik rempah sop adabi
  • 1 pkt sup bunjut adabi
  • Air secukupnyer
  • kayu manis, bunga lawang, biji pelaga

Method : Rebus lidah selama 1 jam, bila dah empuk, hiris nipis dan ketepikan. Tumis bahan2 kisar dgn kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga garing, masukkan rempah sop, kacau rata, masukkan stok rebusan tadi dengan lidah yang sudah dihiris. Masuk kan sup bunjut adabi, biar hingga mendidih dan reneh selama 15-20 minit. Aku tak pekat kan, kalau korang suka, boleh pekat kan guna biskut jacob yang dah dihancurkan…

 Ini ialah apam balik tapi disebabkan dah sampai kat tangan aku jadi apam terbalik… tak senonoh rupa dia tapi rasa adalah sangat senonoh ok… Resepi ikut dari myresepi…dan yang paling mak nak eksyen, creamed corn tu, aku buat sendiri wokeh…. huh bangga nih, kembang kempis lubang idung…. hehe..

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula
  • 1tsp soda bicarb
  • 1 tsp baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cwn air

Method : Bancuh semua bahan sampai rata, perap dalam 1/2 jam, pastu apalagi apam balik kan lah… inti aku letak standard je, gula, kacang tumbuk, jagung…. sedapp….

Creamed corn

  • 1 batang jagung – leraikan dari batang, kisar sedikit
  • sedikit butter
  • sedikit air
  • garam, gula
  • bancuhan tepung jagung

Method : Lepas dah potong biji jagung dari batang dia, kisar ikut suka, nak halus ke, nak kasar sikit. Cairkan butter, tumis jagung kisar, kacau rata, masuk kan air sedikit, perisa kan garam dan gula, kacau sampai masak. Letak bancuhan tepung jagung, kacau sampai pekat sedikit.. dah siap. mudah dan sedap…. 😛

2 Responses »

  1. i mmg ada angan2 nak buka kedai makan yg comel dan cozy…. Tapi kedai makan ni penat la…. Tak pe lah sekali-sekala jamu kawan2 makan… Time raya je la…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>