Iftar Day 13 – 130811 ~ Nasi Pilaf Simple, Ayam Bali & Paceri Nenas Simple

Iftar Day 13 – 130811 ~ Nasi Pilaf Simple, Ayam Bali & Paceri Nenas Simple

Serba simple menu untuk berbuka hari ni…. masak pun tak stress sebab sonang ja… Cepat siap…. Nasi Pilaf simple, Ayam Bali Ms. Hart and paceri nenas simple… kuih aku goreng belen jomput-jomput gerago je… kan senang..?

Senang sangat sampai amek gambar pun malas… hehe… (As much as untuk diri sendiri & anyone else interested) Resepi follows tapi biasa lah estimates jek :

Ayam Bali Ms Hart with variation

  • 6 pcs chicken wing – potong drummet and wing (aku suka sb senang nak makan)
  • 1 genggam cili kering blender dgn 1 bawang besar, 2 ulas bwg merah, 1-2cm halia, 1 tbsp ketumbar biji, 1 tbsp jintan kasar, 1 tbsp jintan halus
  • 2 tbsps serbuk kari
  • 2 tbsps sos tiram
  • 4 tbsps kicap pekat
  • garam, gula
  • 1-2 cm lengkuas
  • 1 btg serai
  • sedikit daun kari
  • kentang & karot – optional

Method :  Perap ayam dengan bahan2 kisar dan yang lain kecuali lengkuas, serai dan daun kari selama berapa lama yang boleh. Untuk masak, panas kan minyak, tumis lengkuas, serai yg dah diketuk dan daun kari, kemudian masukkan ayam perap tadi masak sehingga ayam empuk dan kuah pekat. Tambah garam & gula…. Nyumm!

Paceri Nenas 

  • 1 biji nenas – potong ikut suka
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bwg putih
  • 1 cm halia
  • 1 batang cili merah
  • 1 batang kayu manis sederhana besar
  • sedikit serbuk kunyit

Method : Bawang2, halia dan cili merah tu di hiris. Tumis kayu manis dan bawang2 yg dihiris tadi, bila dah mula naik bau dan menguning, masukkan nenas, cili hiris dan serbuk kunyit, tuang air sedikit agar berkuah dan tidak hangit. Masak sehingga nenas masak (dalam 10-15 minit), tambah garam & gula. Harus gula lebih sikit jika nenas jenis terlalu masam…

Nasi Pilaf Simple

  • 2 mangkuk beras basmathi
  • 3 mangkuk air – bergantung jenis beras
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1-2 cm halia
  • kayu manis, bunga lawang dan 3 biji buah pelaga
  • 1 pkt kecik kacang gajus
  • 1 pkt kecik kismis
  • 1/2 kiub ayam
  • 30gm butter & sedikit minyak
  • garam

Method : Gosek beras, tos letak tepi. Hiris bawang2 & halia. Panaskan butter & minyak (minyak supaya butter tak cepat hangus) tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, kemudian bawang dan halia hiris, sehingga layu, kemudian masukkan gajus dan kismis, tumis sampai gajus agak kuning, masukkan beras, kacau rata, kemudian masukkan air, kiub ayam, garam, kacau rata dan biar masak…

3 Responses »

  1. hehe… Sebab tu bolan pose, i blog walking lepas buka… Tak tahan godaan…. Hihi 😛

  2. Pingback: » Iftar day 8 – 06/07/14 ~ Nasi Pilaf, Ayam Bali & Paceri Nenas So called 'baran' chronicles of my life

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>