Iftar Day 12 – 120811 ~ Cantonese Kway Teow, Jemput2 Udang Gerago & Red Rubbies @ Tup-Tim Grob

Iftar Day 12 – 120811 ~ Cantonese Kway Teow, Jemput2 Udang Gerago & Red Rubbies @ Tup-Tim Grob

Hah! Hambek tajuk… macam gempak abess… walaupun sebenarnya masakan simple-simple aja…. walaupun simple, percaya lah, mak macam nak pengsan nak siap kan, letihhh..! Pergi pasar, beli bahan, ¬†kerja, balik masak…cuaca panas, mana tak letih….. jangan salah sangka… bukan tak suka buat cuma nak luah kan persaan je.. letih sebenarnya, tapi bila dah makan hasil yang kita buat sendiri tu, rasa puas hati yang tak terhingga… hehe – walaupun kadang-kadang tak sedap….

My cantonese kway teow mixed with meehoon or beehoon, whatever…. kway teow tu balance hari tu buat kway teow goreng, macam tak cukup plak , tu yang aku tambah dengan meehoon… tapi sedap pulak bila dah campur-campur kan sebab texture dia lain-lain kan… sangat puas hati… dah lama tak makan cantonese noodles ni, kira tadi lepas hajat la… buat senang je, ketuk bawang putih, goreng letak lah apa2 binatang yang uolss suka, i letak ayam dgn fishball aja sebab i tak boleh nak makan udang sangat nanti kaki i flare up and memburuk…heh.. i digress, letak sos tiram sikit, kicap cair sikit, minyak bijan 2-3 titik, air (obviously), kiub ayam, sayur sawi, telur dan pekat kan sikit dgn bancuhan tepung jagung… mee tu goreng dulu dengan minyak and kicap cair and kicap manis sikit… masa nak makan baru tuang kuah, makan dengan cili padi jeruk..wow, wow…. makin debab, bab!

Jemput-jemput udang geragao, masa pergi pasar tadi terjumpa pulak yang fresh, walaupun niat nak mulanya nak beli yang kering aja… jumpa yang fresh haruslah sambar kan? Mahal gak, dia jual dalam 1 piring tu RM4.50 tapi tak pe lah memang susah nak jumpa pun…. Yang ini aku campur jagung fresh, bawang besar potong dadu, cili padi, telur, tepung gandum, daun kunyit hiris. Malas pulak nak buat sos cili dia…makan macam tu je pun sedap! Udang lebih, tepung kurang.. memang lah puas makan..

Red rubies ni buat sebab ada balance waterchestnut buat wantan hari tu, daripada buang masuk cik tong baik lah masuk perut kan? So buat lah red rubies ni…. hari tu masa budak jari gemuk beli kat bazar ramadan, sangat lah tak sedap nyer orang tu jual… tawar hebeh and tak sedap langsung, kali ni buat sendiri, puas hati giler dol! Waterchestnut tu kopek kulit, potong dadu, rendam pewarna merah, pastu salut dengan tepung ubi kayu, pastu rebus, bila dah timbul makna nya dah masak, simpan dalam air sejuk… kuah tu aku buat pakai santan kara 200ml tambah air dalam 200-400ml, letak 1tbsp tepung ubi kayu bancuh dengan air sikit, gula pasir 3 tbsp, garam 1/2 tsp dgn daun pandan – masak sampai pekat pastu masuk kan red rubies… sebab tu kaler kuah aku agak pink… tak kisah la.. janji sedap gilersss….

2 Responses »

  1. ni hari tema, jalan jalan pi blog orang dan rasa lapar kebulur nak gila, nak tap tim krop, letak nangka pasti lagi enak, kan kan kan.. aku buat last time dah lama gila, nak buatlah ni hari ngan bandung soda ikut kognya entri, adus, lapar nih.

  2. sedap juga, buat jangan tak buat…. err… tapi nangka bukan ke banyak angin? tak pe ke kalau ko makan, baru beranak and all… hihi… jangan mare… soalan mak kepohci…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>