Iftar day 1 – 29/06/2014 ~ Simple is the best…

Iftar day 1 – 29/06/2014 ~ Simple is the best…

Salam….. wow lama nye i tak update..tak bermotivated and also because i know i have a stalker yang kepohci nak tau tentang life i…. (tolonglah…i dah macam retis pulak, ada orang nak stalk kan..?) Anyway, hari ni ialah hari pertama kita berpuasa dan seperti biasa, i akan meriak2 kan apa yang i masak untuk berbuka, occay… Sekarang ni, i selalu update kat FB saje sebab senang nak meroyan tapi meroyan lite2 sebab nanti semua orang dalam friend list tau pulak kesewelan otak i kan… eh, eh… i digress… jom tengok gambarsz….

turielemak

Sayur Turi masak lemak letak keledek…. sedap dan nyaman tau bila masuk kat tekak… Walau pun rasa daun turi tu agak pahit tapi i suka jek… nak ke resepi? Aaa tak pe, i catit je, untuk diri sendiri jugak ek…

Bahan2 :

  • Daun turi secekak
  • segenggam ikan bilis
  • 1 tsp lada hitam biji
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1 kotak santan KARA
  • 1 biji keledek

Masak dia senang je, rebus keledek sampai empuk. Kisar ikan bilis dengan lada hitam biji, letak tepi. Hiris halus bawang2, bila keledek dah empuk, salin air, letak ikan bilis kisar dgn bawang2 hiris tadi, letak sekali santan, serbuk kunyit dan biar mendidih (actually bukan mendidih la… tapi merenih) lepas tu campak kan daun turi, kacau2…dalam 3-4 minit dah siap…

sepatpekasam

Ikan sepat pekasam, ini lah yang i buat lawan makan dengan turi tu… Nyumm sedap!!

pudingrotiagik

Dessert i buat bread pudding lagi… resepi macam yang lama tapi kali ni i tukar pakai roti – egg bread yg kaler kuning kat lavender tu… dan sebab susu segar yang i beli semalam kat cold storage basi (without me opening it) i tukar dengan susu cair…. sedap jugak tapi agak rich, mewah sangat rasa dia… hihi..tak pe i tetap makan dengan senang hati…

Bread Pudding

  • 1 peket roti telur lavender (atau 4-8 keping roti gardenia)
  • 1 cup cream
  • 1 cup susu segar/cair
  • 3/4 gula (boleh kurangkan)
  • 4 biji telur
  • 1 tsp perisa vanilla
  • segenggam kismis
  • 2 tbsp butter

Lebur semua bahan kecuali roti, butter dan kismis dalam satu mangkuk dan kacau sebati, lepas tu potong atau carik2 kan roti letak dalam bekas, tuang adunan telur, tabur kismis, tekan2 sikit kismis tu, kalau tak hangus nanti. Last sekali tabur butter kat atas dish and bakar 170-180c selama 30 mins. Easy peasy, senang bangat…i buat ni dalam pukul 6.30pm sambil dicemik2 kan oleh mak i…. dia kata tak sempat untuk berbuka…. and i prove her wrong… sempat ok!? Hihi…sedap dimakan time tengah suam2….

pudingrotiagik2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>