Iftar Day 1 – 210712 – Nasi Pilaf & Ayam Bali & Popiah Goreng

Iftar Day 1 – 210712 – Nasi Pilaf & Ayam Bali & Popiah Goreng

Selamat menyambut Ramadhan Mubarak my dear friends…Sekejap je masa berlalu.. Aku rasa sejak makin tua ni, aku lebih aware akan peredaran masa (poyo gile ayat ni..). Rasa macam baru sekejap je aku tukar kalendar sempena tahun 2012, ni dah masuk July…Nanti kang dahh… masuk 2013.. Insyaallah….mudah-mudahan… :)

Hari ni aku berbuka puasa dengan nasi pilaf dan Ayam masak Bali – simple… Tiap-tiap tahun time bulan puasa mesti ada post pasal masak nasi pilaf dengan Ayam Bali ni… nak buat camno, aku suka, laki aku suka, mak dan apak juga sukaaaa… Masak pun sonang….kalau leceh dan susah, korang ingat nak ke aku masak..?? hehe…tapi tahun ni tak de paceri nenas sebab tak jumpa nenas masak, ingat nak buat acar timun tapi aku tak sanggup nak meredah orang ramai lagi… fed-up! Terus balik sajork… Resepi aku copy paste sajork sambil edit sikit-sikit ikut keadaan semasa dari post yang lepas…

Nasi Pilaf

Ingredients :

  • 3½ cups basmathi rice
  • 4 cups of water (more if you like em softer)
  • 4 shallots – chopped
  • 2 cloves garlic – chopped
  • 3 inches ginger – pounded, add a little water and strain the juice
  • 20 gm butter + 2 tbsps oil
  • 1 tbsp raisins
  • 1 cinnamon stick
  • 1 star anis
  • chicken powder & salt to taste

Method :

  1. Heat butter and oil, when hot pop in the cinnamon stick and star anis, stir a few minutes then saute the onion, garlic until caramelized (food network influence). Pour in the ginger juice, stir well.
  2. Pour the rice in, stir to coat evenly leave it alone for 2 minutes then pour the water and the rest of the ingredients. Leave to cook.

Haaaa… spekaing london mokcik ko…. Ini resepi Ayam Bali..

Ayam Bali Ms Hart with variation

  • 10 pcs ayam
  • 1 genggam cili kering blender dgn 1 bawang putih, 2 ulas bwg merah
  • 2 tbsps serbuk kari
  • 2 tbsps sos tiram
  • 4 tbsps kicap pekat
  • garam, gula
  • 1-2 cm lengkuas
  • sedikit daun kari
  • kentang & karot – optional

Method :  Perap ayam dengan bahan2 kisar dan yang lain kecuali lengkuas dan daun kari selama berapa lama yang boleh. Untuk masak, panas kan minyak, tumis lengkuas dan daun kari, kemudian masukkan ayam perap tadi masak sehingga ayam empuk dan kuah pekat. Tambah garam & gula…. Nyumm!

Popiah goreng ni, inti aku masak tapi bab menggentel mak aku buat. Sebenarnya maman yang sibuk mengidam nak makan popiah goreng so dia kena gentel la… Aku malas dong! Peliknya makan rajin pulak… hihi.. Adil lah kan.. Pi pasar, masak inti aku dah buat, gentel dan goreng mak pulak…  Family aku punya style popiah goreng, inti mesti sengkuang, karot, tahu dan udang tapi kali ni aku malas nak kopek, just guna fillamen stick sajork…. Sangat mengecewakan bila beli and inti nya….. taugeh sesaja… dah taugeh saja, kosong plak tu and taugeh tu macam taugeh yang dah nak kena humban dalam cik tong…. HUH! Buat sendiri lagi pueh hati… Makan la sampai tergolek…. hihi

* Post ini tiada gambor sebab aku terlupa nak amek,  mokcik letih sebab nak demam….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>