Hutan Bandar Bistro @ Chicken Chop 5hengget

Hutan Bandar Bistro @ Chicken Chop 5hengget

Tempat ni dekat je dengan rumah aku, masuk kali ni dah 2 kali makan kat sini…. First time makan – tak suka, second time makan – masih tak suka….. Aku and the geng tak berapa gemor makan kat sini sebab pada kami makanan tak berapa nak sedap. Tapi aku pelik sebab ramai and i mean sangat ramai orang makan kat tempat ni….. Maybe sebab harga yang murah so, kalau kurang sedap pun, tak kisah laa..? Masa first time makan kitaorang order fish & chip and lamb chop. Fish & chip adalah muak and sedikit hanyir, lamb chop pulak, macam makan chewing gum. Tak habis2 dol! Rasanya sampai 2 hari pun tak habis lagi kunyah, daging tu liat….. kuah memang sedap TETAPI rasa msg sangat kuat….

Masa tu dah cakap, ahh tak sedap lah walaupun murah, no more…. tapi sebab hari-hari lalu depan kedai ni and asal lalu mesti penuh, so kitaorang (which is aku) pikir agak nya hari tu kitaorang tak order signature dish dia kot…? Jom lah try, give 2nd chance…..

One thing aku puji, menu untuk minuman dia adalah extensive and ada yang aku tak pernah tengok kat tempat lain… but then, aku kan jakun, so don’t take my word for it. Aku order ribena longan, sedap… rasa ribena…. and longan…… duh……. Itu jari jemari, budak jari gemuk. Sibukk tul nak enterprem kalau aku tengah nak amek gambor….pakai hp cikai sebab tu gambor pun cikai…muahaha

Ini ialah mee wantan goreng mamak – agak nya lah, yang pasti memang goreng, tak pasti ada mamak ke tak. Harga tak ingat, rasa tak tau…. sebab bukan aku order and aku tak ngecek. Tapi orang yang makan ni adalah lebih cerewet dari aku and dia makan rilek je and habis… so i take it yang mee ni boleh tahan lah rasa dia….

Tadaaa! Ini lah chicken chop 5hengget yang famous amos tu!! Hmmm….ayam adalah bahagian dada yang di fillet. Ada 3 ketul – generous, ada coleslaw, fries…. semua cukup lah, tapi sebab chicken chop is bahagian dada, it was a bit dry and tasteless kalau nak dibandingkan bahagian thigh meat kan? Coleslaw sedap, fries sedap, sos overwhelming banyak – sedap tapi msg laden. Would i datang lagi and makan hidangan ini? Mungkin tidak, masing-masing selera berbeza and this unfortunately is not insync with mine.

 

12 Responses »

  1. baru je sepupu sebok citer pasal kedai ni aritu. aritu lalu ahad malam tutup. dia ajak try, tp tgk review u ni sis mcm x terasa nk pegi pulak. hehe. ribena longan tu kt ali cafe nusa bestari sedap gak. kt jombali danga city mall pon sedap gak. try la.

  2. ishh.. jangan macam tu, selera masing2. cuba dulu kalau tak best baru boleh kondem.. hihi 😛

  3. 1st time datang,kemain ramai orang…so balik pasir gudang semula…
    2nd time datang,bergasak dengan pakcik yang datang x beratur,senang-senang je duduk padahal kitorang dah lama queue….
    so lepas kejadian tu,datang dlm pukul 8 camtu… x de la bergasak nak duduk…huhu

    one thing,waiters kat sini semuanya sombong gila!
    lepas tu kalau nak tambah order,kena amik queue order yang panjang berjela wlpn mknn kita x smpi lagi…

    haaa…final thing is…. dia punya gravy manis betul…. erk…ade org buat black pepper gravy camtu?

  4. yesza… peminat dia memang berduyun-duyun (ikut stail juliana banos sebut…) datang makan… masuk kali ni dah 3 kali i makan kat situ… mee wanton goreng mamak dia not bad la….
    chicken chop tu kalau tgh lapar boleh jek bedal, TETAPI segala mala nenek daging, memang i tak moh makan…. LIAT! oh ya.. fish n chip pun tak berapa stone…. air minuman sedap… waiters…. no komen… pelaris dia kott…. kena kekwat2… hihi :)

  5. YUP….LAU MAKAN KAT SINI CM NAK PG LAGI JEK KAN..NTA APE PLARIS YG DIE GUNE..AKU PON X TAU…RASE OK JEW,,,CUME NAK TGGU SPAROH DARI NYAWE…CM NAK JMPPE DTOK MENTERI…TP MAK METUE AKU SBOK SGT NAK PG WALAU PON DA BNYAK KALI PG..AKU PON HERAN

  6. best kn mkn at cnie.. wlaupon, kdg2 tpkse tngu smpi sjam lbeh.. waiters xdew la sombong mne pon… diorg just wat kje, think postif..
    syasha ckp cm tuh, bab sya da slalu sngt mkn at c tuu..he3. drpd at hutan bndr, smpi la dyorg open at jln yahya awal tuh..
    cara dyorg wat kje dlm kmpulan mmg best..

  7. hehe.. well, bahagian masing2.. ada yg dapat waiter sombong, ada yg friendly, ada yg makan rasa tak berapa best, ada yang makan rasa best giler…
    selera setiap orang berbeza… 😀

  8. nk pegi, malangnya xtau tmpt.
    boleh tak bg direction nk ke sana?
    penah lalu kt sek convent tu tp tak pulak nmpk.
    sesungguhnya sy msh newbie lg kt jhr ni.

    TQ in advance.

  9. sha, kalau lalu kat depan sekolah convent tu, terus je sampai jumpa TNB, pastu slow down sebab tempat ni betul-betul sebelah TNB. Kalau datang malam biasa nya full house, petang dalam pukul 6pm masih ok lagi crowd..
    Selamat menjamu selera….

  10. sekom .. sy nk tnye .. cm mane sy leh dpt kan nbr telefon tuk buat tempahan ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>